Pengikut (Blogspot)

Khamis, 9 Februari 2012

review # pelangi kasih

hello semua, assalammualaikum....

dah lama kan, aku tak review drama. memang aku pun jarang sangat tengok tv. bukan sibuk mana pun. tapi malas nak tengok tv, sibuk dengan twitter-ing malam-malam. tak pun lepak office layan tulis blog. ibarat macam blog aku sangat hot ada ramai-ramai orang singgah la. huhu!

antara barisan pelakon utama
mainly, tema yang didokong oleh cerita Pelangi Kasih ni ialah konflik dalam persahabatan yang melibatkan harta dan kekayaan. dari kanak-kanak lagi Azlin (Puteri Sarah) dan Sofea (Nabila Huda) berkawan baik serta Zafrul (Beto Khusairy) yang banyak membantu Azlin dengan Sofea dalam pelajaran la. Zafrul ni masa sekolah-sekolah dulu hebat dalam pelajaran. so that, yang dua orang gugurl memang impress dengan beliau.

walaupun bijak serba-serbi, tapi kalau tamak haloba pun tak gune jugak nok! sebabkan sifat tamak bertingkat-tingkat tu la yang menyebabkan Zafrul sanggup buat apa saje dalam menjatuhkan Sofea untuk mewarisi harta syarikat lembu kambing milik keturunan Azlin. memang cilake! tu je menyatakan lakonan Beto dalam ni sangat menjadi impaknya kepada aku. 

yang aku tau, nanti Sofea akan berkahwin dengan Omar. pesaing syarikat lembu kambing diorang. sebab Zafrul tikam Sofea dari belakang. nanti cerita ni mesti bawak penyesalan sampai tua, tengok ending ape jadi kan.

emm, boleh tahan la cerita ni. sebab pelakon pandai memainkan watak-watak mereka. sampai sini dulu. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.