Pengikut (Blogspot)

Rabu, 29 Februari 2012

review # bicara hati

hello semua, selamat petang....

yehee. ruangan yang suka membaca sudah kembali. tahukah anda yang Mastura sudah tidak punya modal baru untuk di-sinopsiskan bersama. tahu tahu tahu?

nasib baek tema blog ni berkenaan perasaan kan. kalau tak mana boleh suka hati nak taip ape pun kan. novel yang aku nak review hari ni tajuk Bicara Hati. penulisnya yang terkenal dan sedang di-dramakan cerita ni milik Damya Hana. dah buku ni je ada depan mata sekarang. sape suruh. hek hek.

cerita ni kiranya penulis selepas zaman Fauziah Shaari. seingat aku setahun dua lepas tu baru keluar pasal cerita Bicara Hati ni. masa tu umur aku Form 4 tak silap. sebagai sunti meningkat dewasa, of coarse akan rasa seronok bila kahwin kontrak lepas tu jatuh cinta betul-betul. amek kaw.

Zahlia watak yang aku tak ingin nak jadi pun. tapi aku tau Zahlia baik. ade sape suruh ko jadi Zahlia ke, perasan!!! aku tak mampu jadi Zahlia, sebab Zahlia sanggup berkorban untuk kerja sebagai guru di rumah anak yatim meninggalkan kemampuan beliau sebagai graduan berijazah yang bergelar akauntan. korang ada?

Tengku Syahran pulak orangnya mesti handsome. walaupun nampak agak bersosial tapi menjaga solatnya. walaupun nampak kerek tapi menghormati ayah dan ibunya. walaupun ego tapi menyayangi adik beradiknya. walaupun berada tetap hidup bersederhana. manalah, aku sebagai perempuan mulus tak terpikat. mulus, bulus? bolos...

so, sape-sape adik-adik yang minat baca novel. silalah beli dan baca. tak rugi sebab cerita cinta kahwin kontrak ni bagi aku tak lapuk zamannya lagi. bolehlah kita berangan macam kita sorang je manusia baik dalam dunia ni macam Zahlia dan Syahran. bagus sebagai tauladan manusia berkasih sayang dengan cara diredai kot.

okey. cerita novel ni. kalau layan tema, persoalan, plot dan lenggok bahasa boleh bagi 7/10 tau. cemerlang ape.

Babak dalam drama

oh lupe nak share, ni babak dalam drama. kalau dalam novel tak silap aku cadar kahwin dan baju kahwin diorang warna hijau. sebab tu la Tengku Syahran nampak kulit Zahlia melepak putih time tu. seingat aku la. maybe sama macam Ombak Rindu kot. main adaptasi. adey-chiau




7 ulasan:

  1. wahaha...ayah saya x bg baca novel jd sy x tau apa2 pun novel yg best2...hohoh

    sori lama x singgah...n thank u sbb sudi komen blog sya walaupun dah lama saya x singgah...ok...sy letakkan url blog awk kat blog list saya :)

    BalasPadam
  2. akak rasa novel citer psl kawen kontrak ni berlambak-lambak..benci benci pehtu cinta-cinta..peh tu adalah babak sweet..sekali dua baca novel camtu suka lama-lama jelak..



    drama kawen kontrak yg akak sdg layan ialah vanilla coklat..BFF pon ye tp dh x dpat tgk..:(..u know why

    BalasPadam
  3. @ Aisyah : eh, tak kesah pun komen ke tak. thanks eh sebab masukkan dalam bloglist :)

    @ Akak Betty : sekarang ni sangat emosi bila tengok cerita Vanila-Coklat tau. menci!

    BalasPadam
  4. sama2.. heheh

    alaaaa..mana ada...saya still muda lah!!! > . <

    BalasPadam
  5. lepas ni penulis novel makin glemer la sbb trend drama skrg kebyakkan adaptasi dr novel. Alhamdulillah rezeki buat penulis2 novel

    BalasPadam
  6. macam pernah bace novel ni tapi lupe dah cerita die. byk sgt bace. huhu. tapi boleh ingat lagi zahlia & syahran. ;)

    BalasPadam
  7. fail betul layan drama sambung2 nie..

    novel nie ada baca time muda2 dulu.tak berapa nak ingat dh.hakhak..

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.