Pengikut (Blogspot)

Khamis, 16 Februari 2012

Putri Tukar-tukar

helooooo semua, selamat petang....

hari ni nak balik Bangi sebab hari jadi Puan Along yang ke-28. tapi tengokla keadaan trafik Kuala Lumpur yang macam mana nanti. 

hari ni aku nak review sinetron. boleh? entah, aku tak faham ape motif televisyen nak siarkan sinetron di kala ini. macam dah tak trend lagi. mungkin untuk mengisi masa lapang maid-maid yang ada kat rumah-rumah kan. takkan orang macam aku nak sinetron. mane mungkin.

Poster 90-an. haha
sinopsis aku tak payang nak gebang-gebang cerita. semua orang pun tahu, puteri yang ditukar. kira macam anak orang kaya tertukar duduk dengan orang miskin. macam tu jugak sebaliknya. 

cerita pasal Amira dan Zahira. memula diorang ditukar. lepas tu nanti jadi madu pulak. entah ape-ape. yang paling tak boleh bla, cerita asyik TAK ADIL memanjang. asyik-asyik Amira (watak utama) tu la yang jadi mangsa kejahatan, penghinaan, fitnah dan apa-apa kekerasan yang berlaku di dunia ini. what the hell, ko ingat ko hot?

adegan-adegan biasa macam kena cuci lantai guna berus gigi, yang setahun gesek berus belum tentu selesai.  guna mop la bangang. tapi cuci sampai bersih, tu je konsepnya. tambah lagi dengan adegan mengelap semua pasu-pasu di ruang tamu budget kaya itu. apehal? best ape kalau hidup sekadar menge-mop lantai dan membersihkan pasu di ruang tamu compare dengan menentukan kaedah ape yang sesuai untuk membaikpulih bangunan, dari kena kerja macam kongsikong pasang tiling peluh-peluh. mana lagi kehidupan lebih susah. mana datangnya sifat bersyukur tu?

tapi takkan asyik condam je kan. cerita ni membuktikan, buat baik dibalas baik. walau apa pun yang terjadi pada kita. kalau kita berbuat baik dengan manusia. time kita susah mesti ada orang yang tolong kita. itu adalah benar. same la macam cerita ni, walau ade je orang nak menghancurkan hidup Amira, pasti ada orang yang tolong. 

okey, cukup sampai sini. adey-chiau. 


2 ulasan:

  1. mak akak pun suka sangat citerr ni...suri rumah...macam tu la agaknya...hehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.