Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 10 Februari 2012

perspektif seorang ibu

hello semua, selamat malam...

ibu, mak ialah seorang insan yang paling berharga dalam dunia ni. melebihi kecintaan aku pada Encik L. kadang-kadang kalau aku berfikir pasal Puan Mak macam semalam dalam kereta sorang-sorang menitik air mata aku. macam empangan pecah la!

sendiri aku berfikir mengenai nasib wanita yang bergelar ibu yang hidup bersama anak seperti aku adalah sangat susah. dengan karenah suami yang agak melepaskan ego masing-masing dan anak-anak yang jenis nak lepas diri. apekah nasib wahai ibu, terbela ke nasib Puan Mak bersama dengan aku? aku tak layak bergelar ibu. aku tak layak lagi menjadi isteri yang baik dan aku bukan anak sempurna yang harus dibanggakan. kerana aku ada satu kelemahan. lari dari pengorbanan. 

semalaman aku bersama Puan Mak di wad sementara Hospital Serdang. mengenal aku erti pengorbanan seorang ibu. walau aku tidak pernah memahami rasa tanggungjawab pada anak. 

kalau seorang anak, ada di katil pesakit. dan seorang ibu berjaga di kerusi. anak akan tidur lena melawan penyakit itu menanamkan sifat survival sehingga sembuh. tinggal ibu keseorangan merenung anak dengan sayu tanpa lena. dengan doa dan zikir supaya anak cepat sembuh.

kalau seorang ibu, ada di katil pesakit, dan seorang anak berjaga di kerusi. ibu akan resah memikirkan keseleasaan anak di kerusi. tidur atau belum. nyamuk atau hingap. sejuk atau ketar. sehinggakan lenanya terganggu. rasa sakit letak tepi. tabah dan sedaya upaya berusaha sendiri untuk sembuh. dengan harapan, anak-anak tidak perlu bersusah demi ibu. 

mulia. sejahat mana ibu itu pada dunia. ibu tetap mulia di mata anaknya dengan sikap pengorbanannya. kalau Puan Mak baca entri ni. dan tak mungkin untuk singgah di blog ni, aku just nak luahkan aku sayang sangat dengan beliau dan aku mintak maaf sebab aku terlalu naif untuk luahkannya. 

hari ini. aku mengucap syukur. kesihatan Puan Mak beransur pulih. Ya Allah, ampunkan semua dosa ibuku. amin.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.