Pengikut (Blogspot)

Ahad, 19 Februari 2012

percubaan melaksanakan impian

assalammualaikum, selamat hari ahad...

macam dah lama aku tak tulis. selama ni aku main pakai auto-publish je. bilangan reader pun dah berkurang. standard la tu kot. 

sekarang ni aku boleh kata sibuk. uruskan hal-hal rumah Ncik Borhan bersama dengan Encik L ni. disebabkan aku kurang pandai, jadi drawing aku telah di-revise berkali-kali. aku pun bukan kenal apa itu Esteem kan. 

bagi aku kan, rumah Ncik Borhan ialah permulaan bagi semua orang dalam menceburkan diri dalam bidang duit tepi construction. Arkitek Minyak Masak dengan impian portfolio beliau tersendiri. aku pulak menggambarkan aku sebagai seorang designer yang bagus tanpa seorang checker bertauliah, dan Encik L menganggap ini adalah pembinaan ala kontraktor bawahan yang pertama bawah seliaan beliau.

Design Arkitek Minyak Masak. Tnjuk separuh dulu. hihi

boleh anggap, pembinaan rumah Ncik Borhan adalah paling bermakna antara kami dan kepada ayah aku sendiri. sebab rumah tu bakal jadi rumah main keluarga beliau dan kawasan bermain anak cucu beliau nanti kan...

dengan pelbagai harapan besar, terkumpul dalam satu rumah. banyak jugak dugaan yang mendatang. sememangnya, kita hidup di dunia perlu diuji. Encik L menganggap pandangan masyarakat sekeliling berkenaan beliau adalah satu perkara sedih. kemudian, hujan lebat pada hari pertama setting-out menambah lagi buah mulut orang kampung.

ape nak jadi la ni. bisik aku dalam hati. masa on the way balik semalam, Encik L tak habis-habis berdoa. permudahkan segalanya. aieh. perjalanan masih panjang. masih ada dua bulan untuk merealiasasikannya. 

last but not least, alhamdulillah. sebabkan rumah Ncik Borhan dibina oleh Encik L sendiri. beliau kritik design aku dan aku belajar. aku tau aku bukan engineer sebenar. but at least, i try enough kan. sampai sini dulu lah, aku nak print drawing dan akan ke Batang Kali untuk tolong Encik L angkut barang. 

owner tolong kontraktor? ini sudah lebih. hahaha. adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.