Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 11 Februari 2012

mawar juga tumbuh warna-warni

hello semua, selamat hari sabtu....


cantik kan semua kaler ade?
bila aku search pasal bunga ros warna-warni ni. aku selalu bayangkan diri aku umpama mawar. acheeeh~! berduri sangat ke?

mawar dengan perempuan. memang selalu je orang bagi persamaan dan secara psikologi warna bunga-bunga mawar kesukaan perempuan ni ada kene mengena dengan personaliti kita sendiri. boleh percaya ke? wallahu-allam.

MAWAR MERAH
sebut pasal simbolik bunga adalah lambang cinta. merah bermaksud sangat cinta yang boleh membawa kepada cinta selamanya. tu pasal orang selalu beli bunga warna merah nak tunjukkan rasa cinta yang sejati dan kekal. warna merah yang segar dan semangat tu membolehkan bunga jenis ni sesuai untuk nak ucap tahniah dekat seseorang

MAWAR PUTIH
masih melambangkan cinta tapi cinta yang suci. tu pasal selalu letak kat majlis-majlis kahwin bagi melahirkan perasaan cinta yang suci dan diiktiraf gamaknya

MAWAR PINK, MAWAR UNGU
melambangkan perasaan cinta yang mendalam. pink maksud kita berminat secara diam-diam kat seseorang when it comes real, barulah warna merah muncul. warna ungu pulak menceritakan perasaan cinta yang mendalam dalam diri selembut warna ungu tersebut ibarat cinta pandang pertama

MAWAR KUNING, MAWAR OREN, MAWAR PEACH
kuning menandakan persahabatan, friendship forever atau menerima semula ketibaan orang yang disayangi. oren pulak menyatakan rasa hangat dalam perhubungan serta dengan penuh keinginan untuk bersama selamanye. peach pun lebih kurang, tapi oren campur putih (peach) sesuai digabungkan untuk menziarahi orang sakit dengan niat luhur ingin bersama selamanye, supaya cepat sembuh. 


ade tokoh bukak kedai bunga tak? hak hak hak. adey-chiau

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.