Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 2 Mac 2012

maskot menakotkan

assalammualaikum, selamat petang...

petang-petang jumaat ni. rasa rindu pulak kat Adik Faizah kite. last week, hari Ahad si comel ni ikot Puan Mak dalam melawat tapak bina rumah Ncik Borhan menyelesaikan isu tebang pokok dan bla bla bla. tu aku tak perlu cerita sama ini entri. maybe lain entri.


Faizah : Akootlah ~!
gambar kat atas tu, Puan Along membawa Adik Faizah bertemu dengan Upin Ipin. kira macam Adik Faizah ni peminat setengah mati la karton ni kan.

masa si Upin Ipin menari atas pentas, punya seronok nak jumpa. bila turun sama-sama, amek kau terus nangis macam dekat gambar atas tu. hek, hek punye comel gaya takot die.

aku pun cerita la dekat gang rumah sewa pasal ni. sekali masa dalam DIY tu, Kak Hawa cakap 'alah, Mak Su dia pun sama kan?' mengingatkan aku pada suatu masa lalu. teng teng teng.... suspen tak?

aku actually tak suka maskot a.k.a agak meremang dengan maskot. entah, beso semacam je aku tengok. lepas tu berjalan ke sana ke sini. sepuk dapat elok jugak.

pernah la. satu hari, masa kekanak rebina kat UTM dulu kan. adalah maskot Chicky. alah KFC punya ayam. aku suspect student jugak yang jadi maskot dia tu. hampeh.

masa aku lalu depan gerai tu. sibuk sangat nak hulur tangan. salam-salam dengan Chicky kononnye. aku yang terkejut masa Chicky hulur tangan terus lari. lepas tu Chicky terus kejar aku merata sampai beliau puas hati. lepas tu gelakkan aku. tak guna.

semua keliling orang ramai dah pandang aku. yela, pesta konvo korang ingat sikit orang ke? malu siot. aku dah la memang menakot dengan maskot. Chicky buat perangai lagi aku takot. huhu.

tu je nak kongsi. satu perangai yang aku sama dengan si comel ni. suka tengok tapi dekat tak mau. satu contoh lagi macam kereta mainan yang pusing-pusing kat mall tu. Adik Faizah suka tengok. letak dalam tu terus melalak.

tang aku pulak. masa kat Hank You Jaya (dah tutup) dulu, Puan Nenek nak bawak aku naek helikopter yang macam kereta tu la. dah bayar duit, baru helikopter nak jalan aku dah melalak. terpakse turun balik. hek hek. sape suruh?

okey. sayang Adik Faizah sangat. adey-chiau



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.