Pengikut (Blogspot)

Selasa, 21 Februari 2012

fashion # tatacara rambut

hello semua dan assalammualaikum....

mari kita ber-tips pasal sikat dan rambut. aku jarang sikat rambut. sebab aku ada jahit kat kepala ni sikit mase kecik-kecik. sekarang kalau nak sikat rambut kena hati-hati. tak payah nak hati-hati sangat la, tak payah nak sikat langsung. better!

aku harap, rambut aku secantik Rani Mukherjee. gile obses dengan Rani sampai kene nganjing dengan nakama-kian, macam dalam entri ni RAMBUT. cantik tau, lagi-lagi masa babak dalam Kuch Kuch Hota Hai masa kat spital nak mati tu. sangat natural!

Walaupun chubby, rambut tetap anggun!
orang cakap yang makanan dan pemakanan penting nak jaga rambut. rambut je pun, tak payah nak beria kan. tapi lelaki kan mestila suke perempuan berambut cantik. mane-mane pun. nak berkahwin kan, baca la sikit-sikit info pasal kecantikan ni. hek hek hek.

kalau rambut nak cantik. minum MINYAK IKAN. sangat iyek. punca makanan ni paling bagus sebab makanan ni lah mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi yang membuatkan rambut lebat. tak pun makan ikan jenis salmon, hering atau tenggiri yang mengandungi kandungan omega yang sama. 

kalau rambut nak cantik. kena makan racun. hekhek, tipu je. disebabkan aku vege-fobia, aku panggil SAYURAN HIJAU PEKAT sebagai racun. cool kan? kandungan sayur hijau macam bayam, kangkung, brokoli, sawi dan bla bla bla. yang mengandungi kandungan kalsium dan vitamin A yang boleh menguatkan akar rambut. dah kata kalsium. memang ler.

kalau nak cantik lagi, boleh makan KEKACANG. tak kesah la, kacang yang kena masak macam kacang panjang, kacang buncis sampai la ke kacang kudap-kudap macam kacang walnut, almond dan semua keluaran Tong Garden itu.  kebanyakan kekacang mengandungi vitamin B tahap Biotin yang memang bagus untuk rambut. patutla lelaki rambut diorang smart kan? sebab most of guy suka makan kacang.

favorite aku ni :)
antara lain, bolehla sekalian mencuba makan TELUR yang mengandungi tahap protien yang tinggi dan jangan lupa minum AIR KOSONG almost 8 gelas satu hari bagi menjaga kesihatan rambut supaya sentiasa lembab. 

bila rambut dah cantik. tak reti nak urus. tak reti nak sikat, nak dandan pun tak ngam juge kan? aku ada terbaca dari blog mane ntah, berkaitan dengan Sunnah Rasullah SAW. macam mana cara sikat rambut paling ngam dan paling menjaga kesihatan. 

Pakai sikat perempuan. yuk!
Rasullah SAW melarang menyikat rambut di dalam BILIK AIR kerana perkara ini akan melemahkan akar-akar rambut dan rambut mudah gugur.

Rasullah SAW mengamalkan menyikat rambut ketika DUDUK kerana boleh menguatkan otot jantung manakala sikat rambut BERDIRI akan melemahkan jantung

perbuatan menggunakan sikat bersadurkan perak adalah MAKRUH.

setakat ni, tu je perkongsian aku pasal rambut. rambut adalah mahkota wanita. sekian. adey-chiau.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.