Pengikut (Blogspot)

Selasa, 28 Februari 2012

fashion # a-line skrit

hello semua, selamat hari selasa,

yup. hari ni nak bercakap hal fashion. entah. lately, aku teringin nak carik sepasang skirt labuh yang aku tak pernah ada. kenapa lelaki suke tengok perempuan pakai kain? tu persoalan aku sekarang.

aku jarang gile pakai kain ke, baju kurung ke. apetah lagi kebergayaan pakai skirt entah gaun labuh. entah ape seangkatan yang bergaya girlish tu. selalu yang bersarung kat aku t-shirt tak pun blouse (jarang-jarang) tak pun baju yang pakai inner kat dalam. kondisi t-shirt labuh la.

maklum ler. dah ada pakwe kan. teringin la nak beli sepasang skrit labuh sopan yang boleh menampakkan kesopanan disebalik diri aku yg suka kasar ini. aku googling la dulu ape-ape hal pun.

berat badan almost 60 kg. pendek dalam 150 cm. bentuk badan macam pear. faham-faham saje lah. pinggang dan ke bawah makcik ni agak 'slim' sehingga perlu diilusikan. wahahaha.

kalau bentuk badan udah macam pear, yang sesuainya pakai pakaian yang berbentuk A. A-line orang putih dok canang dalam mane-mane website bergaya mereka.

ada beberapa trick boleh guna kalo kita berbadan pear, cover bahagian pinggang ke bawah dengan warna-warna gelap macam hitam or biru tua. biarlah mata orang tak nampak yang bawah tu besar dan padankan dengan pakaian bercorak. pada bahagian atas. so, lengan yang tirus dan kecik tu akan nampak la sama besar dengan bahagian bawah. kaler memang sangat penting dalam berpakaian kan.

dan memang susah pun, bagi manusia yang ada bentuk badan pear nak pilih skirt. skrit mesti mempunyai kemasan yang simple dan tak sarat. kembali kepada konsep asal. guna A-line skirt la. simple, bentuk kemas. boleh nampak tinggi. bentuk yang melebar ke bawah boleh tutup bahagian bawah pinggang yang agak chubby itu.

Denim A-Line Skirt
aku ingat nak beli satu denim skrit sebab boleh la nampak ranggi plus ladies sikit. tak pun aku beli skrit bercorak bunga-bunga. ade pulak yang pengsan. sape nak tanggungjawab. wahaha. 

okey. memang takde masa. aku ingat nak update pagi. tapi tak sempat. terpakse la aku alih ke tengah hari. jap g petang maybe aku free, aku ada satu entri lagi okey.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.