Pengikut (Blogspot)

Rabu, 8 Februari 2012

CONTEST PERIBAHASA MELAYU by ARRA AHMAD & AMALINA

hello semua, selamat tengah hari...

lame kot dah tak join contest. so hari ni sementara aku bermalas-malasan. aku nak berperibahasa waktu rehat hari sabtu. cheeewah!

UNTUK SERTA SILA KLIK
masa darjah satu, aku selalu kena gelak dengan kakak-kakak aku sebab salah match-kan peribahasa dalam buku latihan bahasa melayu. alah darjah satu pun time tu. tapi macam sekarang ni macam aku reti sangat peribahasa kan.

okey, meh aku cerita kisah hidup Encik L dalam gaya peribahasa. check-it-out yeoooo ~!

Encik L adalah seorang lelaki yang ringan tulang tak bertempat. kadang-kadang ada je kerja yang tak patut nak buat beliau buat. disebabkan itu, majikan-majikan lama selalu menjadikan Encik L sebagai kuli batak mereka. namun yang demikian, segala usaha sebagai kuli adalah tidak bagus di mata majikan. yang sebenarnya yang paling berkesan untuk menjadi pekerja yang baik adalah dengan mengadu-domba antara satu sama lain. pelbagai cerita buruk tersebar dan setelah majikan itu mencedok segala ilmu dan idea milik Encik L, beliau memberhentikan Encik L ibarat habis madu, sepah dibuang. Encik L berasa terluka dan terus pergi. namun orang yang berazam tinggi dan berhati busuk macam beliau ingin memulangkan paku buang keras terhadap majikan beliau. di saat mencapai kejayaan kan, macam-macam dugaan yang dihadapi. setelah beberapa kerja demi kerja dijalankan namun semuanya menemui nasib malang, macam jatuh ditimpa tangga. Encik L yang berhati besar masih tidak patah semangat sebab ape yang tersirat dalam hati beliau - di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. so chill ya! sekian terima kasih. 


  1. ringan tulang : sangat rajin
  2. kuli batak : tersangat kuli ** ade ke? hahaha
  3. mengadu-domba : kutuk atau mengatakan kata-kata yang tidak baik seseorang pada majikan, selalunya lah
  4. habis madu, sepah dibuang : dah cedok segala benda yang baik, bila dah takde bende nak cedok terus campak pegi
  5. memulangkan paku buah keras : ingin balas dendam. umpama paku yang diberi buah keras kita balas balik. kuat sama kuat la kirenye.
  6. jatuh ditimpa tangga : nasib yang malang bertimpa-timpa. lepas tergolek dok jatuh, kena hempap dengan tangga pulak. sakit ooouh!
  7. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan : kat mana ada usaha di situ ade penyelesaian. 
sedikit sebanyak peribahasa aku dapat kumpul. seronok pulak sebab macam jawab karangan bahasa melayu seyh. sampai sini dulu. adey-chiau. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.