Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 3 Februari 2012

cinta itu bukan lagi perkara main-main

hello semua, selamat tengah hari...

Muslimin. sedang menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran mereka. sepatutnya. aku maseh dalam dilema prasangka. tu je.

malam ni penentu. Ncik Borhan sibuk dengan tema kepercayaan untuk bina rumah beliau. aku maseh mempertahankan Encik L dalam serba-serbi. lelaki dengan lelaki. perempuan makan hati. ni belum kawen lagi ni. kalau dah kawen mungkin aku kena duduk oversea.

Ncik Borhan mengkritik. seseorang yang ingin membuat rumah beliau secara harga mampu milik sebagai orang yang tak boleh dipercayai. yang aku faham, Ncik Borhan selalu salah tafsir manusia. contoh berdekatan ialah Ncik Syah isteri kepada Puan Along. dulu, Ncik Syah adalah mangsa parang Ncik Borhan tapi sekarang ni, dekat Ncik Syah la segala harapan keluarga. Ncik Syah adalah mekanik kepada kereta rosak. Ncik Syah adalah penyumbang utama cucu-cucu ceria dalam keluarga. 

aku tahu sangat, Encik L banyak gile kekurangan. banyak kisah silam yang banyak kelemahan. tapi Encik L adalah kesabaran sebagai kekuatan. kelembutan sebagai senjata pertahanan. rasa memahami sebagai perisai tohmahan. kriteria yang melengkapi aku. 

aku masih dalam usaha. dalam usaha meyakinkan Ncik Borhan bahawa Encik L adalah si miskin tapi beliau adalah cinta hati saya. sekian terima kasih.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.