Pengikut (Blogspot)

Rabu, 18 Januari 2012

vanila cokla

hello semua, selamat pagi...

aku bangun awal hari ni takde sebab. aku rase segar dan seronok. keindahan hari bermula dengan waktu pagi. motto hidup yang memang aku gune sekali dalam masa 2500 hari selang berselang. faham tak maksud die? kalau tak abaikan aje. 

aku nak sarapan pagi. menarik kan. aku minum air nescefe'. menu biasa dan rutin biasa aku. pencinta kopi sejati. macam tu jugak Zara dalam cerita Vanilla Coklat - pecinta Vanila Latte sejati. simple hidup perempuan kan?

okeh. alang-alang dah tersebut nama Zara iaitu isteri kontrak bersama dengan Amir anak kepada Dato' Mat dan menantu kepada doktor tu, aku rasa aku romantik. hahaha, tibe-tibe. vanilla ibarat kulit yang putih dan coklat ibarat kulit yang kurang putih. aku mestilah warna kulit ala-ala vanila. tion-tiongg...

pagi-pagi. review cerita yang penuh dengan kelakar. macam cerita-cerita Korea la type cerita ni. seronok ape. layan orang Melayu yang berperangai Korea. ade ke?

Romantik tau aku!
Zara - Amir dah kawen. diorang ade banyak perbezaan. Amir adalah sangat pengemas compare to Zara tapi diorang tetap ade satu persamaan. diorang ni sebenarnya lembut hati dan penyayang. macam tu la lebih kurang. tapi bergaduh sebab core physical tak same. macam kaunselor tak berbayar pulak aku ni.

yang semalam punye episod, Amir dengan Zara dah duduk serumah tau. tengokla macam mane diorang boleh bergaduh-gaduh lagi. pandai pengarah cerita ni meletakkan tanda romantik, waktu bergaduh yang agak dengan bahasa sempoi sehari-hari. 

cerita walaupun tema nampak sangat biasa, tapi pengolahan yang sangat baik. memang boleh dapat tempat di hati peminat macam aku yang comel Korea ni. 

banyak mengarutkan pagi ni. Cik Shida mandi awal. ape citer? adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.