Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 27 Januari 2012

teratak Teamcoat masih jadi pilihan

hello semua, selamat petang...

aku TAK LETAK surat resign. emm, betul. aku penakot. aku masih ade perasaan paling menakut dalam dunia. aku masih dalam mood. nak berhenti kerja.

aku buat semua kerja hari ni. dengan jayanya. dengan bangun awal. dengan siap sedia duit. dengan serba serbi. dengan alasan aku nak mencari tempat lebih baik. dengan ber-motivasi yang baik. aku percaya akan ada kesudahan yang baik. dan yang baik itu datang dari Allah SWT yang Maha Mulia. takkan aku taknak mencontohi sifat baik untuk menginjak kejayaan...

syarikat besar memang awesome. cakap aku dalam hati. interview raje segala susah. kena interview sekali 200 orang serba-serbi. siap kena buat proposal experience come with interview call. betul-betul mengasah skill dan minda. sebagai manusia makin matang. for sure aku berminat dengan benda-benda yang macam ni.

walaupun aku ade pengurusan masa yang salah. aku tetap ade semangat nak teruskan tugasan sampai akhir. iya, aku memangla jarang siapkan kerja sampai akhir tapi aku ade semangat nak teruskan sampai akhir. tu je. 

aku runsing. sangat runsing semalam. lepas hantar cheque mesin ke Puchong. lepas tu, aku balik office dalam pukul 0300 petang. urus hal-hal kargo terus lentok tido. Encik L dan Puan Mak dah bising. sebab aku keep kata nak berhenti. redha dalam bebelan. Adik Pit paling berani. suruh aku letak resign letter dalam tray Ncik Bos tanpa fikir panjang. for sure I can't.

aku sebelum tidur dalam keadaan nangis-nangis sampai termimpi-mimpi. memang la best keje tempat lain, besar, cantik, mewah. tapi ade ke kat office lain orang nak masakkan aku macam Kak Hawa kalau aku merengek lapar. ade pulak orang nak teman aku pegi mana-mana macam Cik Shida even kalau aku takde duit nak makan ade ke orang nak huluq duit seploh dua ploh macam Cik Hawa even beliau takde duit dengan gaji kurang seratus dari aku. susah. ini adalah bonding relationship yang jarang ada. Teamcoat, memang doa bos yang ni termakbul. satu team yang telah coat bersama-sama. agaknye la.

aku suka Teamcoat. aku tau semua orang sekarang tengah makan hati dan dendam sesama sendiri. aku honestly tak berdendam ape pun. cuma aku tak boleh. aku tak boleh nak terima prinsip kerja aku yang dah dilanggar. aku nampak sewel dan naif. in a certain thing, i am very EGO. takde sape boleh lawan even I said Belang is putih melepak even Belang lengut macam kuali. aku masih ada sifat manusia dan kedegilan hakiki.

Encik L boleh kata satu punca aku berfikir semula dan aku tak berhenti tanpa sebab. maksudnya berhenti bodoh-bodoh dengan takde back up kerja lain ni. beliau sedang berusaha. sangat-sangat. aku merungut Microsoft Project aku ke laut dengan takda guide dari semua a.k.a aku sedang perap bawah carpet. aku perap sebab aku nampak semua orang sibuk. aku tak berani sangat nak kacau. padahal jawatan Project Manager untuk projek Kelas F yang beliau sandang sekarang ni menjadikan beliau seorang kongsikong. tak cukup orang nak bayar gaji. beliau memang tak pernah mengeluh. aku salute. setiap malam just mengeluh penat dan mintak taknak cakap lama-lama dan tidur awal dengan aku. 

Encik L cakap beliau jadi kuat sebab aku. kalau boleh beliau nak kerja kilang je. gaji stabil. balik pun on-time. tapi beliau ada cita-cita besar sangat. beliau cakap kalau aku berhenti tanpa hala tuju macam mane aku nak beli Volkswegen Polo idaman? betul jugak tu.

instead aku berhenti bodoh-bodoh dengan persiapan meletakkan surat dalam handbag dan bawa ke mana-mana. aku berniat nak melebarkan kerjaya aku. 

cukup dah mengarut ni. malam ni aku nak cerita pasal buku yang aku beli sebab tension semalam. atas faktor minor. buku tu berjaya membuatkan mood aku bersemangat kini.


5 ulasan:

  1. Sama la kite.. Dalam dilema nak tukar keje. Huhuhu... Tapi belum tau lagi apa keje yang sesuai.. Rasa cam dah boring nak keje dlm bidang IT ni.. Tapi nak wat camne.. Memang study dulu amik IT jek.. Kan dah payah skrg.. Huhuhu... Boring gile ngan keje skrg... Boring sgt2.. Boring.. Boring.. Boring... Huwaaaa.. Tp xboleh gak nak benti sebab dah nak kawin ni.. Nnt ekonomi merudum plak.. Sorry la ek.. jadi tempat melepaskan perasaan plak kat sini.. Harap maap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kesah. kite di situasi yang same...

      Padam
  2. laa, kak mas pun nk berhenti jugak? selagi takdapat kerja tmpat lain, baik takyah benti kak mas. kang menyesal plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rase nak berhenti. tu pasal tengah semangat carik keje lain ni :(

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.