Pengikut (Blogspot)

Selasa, 31 Januari 2012

SEGMEN : SEDETIK LEBIH

hello semua, selamat pagi...

aku ingat nak bercerita pasal cita-cita bila masuk bilik air tadi. tapi Si Jebat telah ajak aku join segmen. aku kena join segmen dulu la nampaknye. 

UNTUK JOIN - KLIK SINI
ok nama segmen memang kelas. lagu Nuar Zain yang aku dok nyanyi kat karaoke sambil gelak-gelak. aku sekarang dah malas join karaoke. Encik L bukan suka sangat pun. ade baiknya kan?

sedetik lebih - selepas selamanya. mendalam maksudnya kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah kandung especially pada anak-anak beliau. pengorbanan Puan Mak melahirkan aku takde gantinya dengan harta segunung intan, berlian, delima dan sebagai-sebagainya. 

tu semua kata-kata biasa la. nak mengenang jasa ibu dan ayah. Puan Mak dan Ncik Ayah. aku bukan kenal sangat pun hati budi. ini aku serius. sebab aku cucu kepada Puan Nenek. kadang-kadang aku jadi tak adil pada diri sendiri. so, aku tak tahu nak blame kan siape. bagi aku, seorang kanak-kanak akan ingat jasa mak dengan ayah bile mak dengan ayah tu sendiri lelah-lelah besarkan beliau dari kecik-kecik alam. pendapat manusia naif je. hahaha.

walau apa pun, aku tetap sayangkan Puan Mak dan Ncik Ayah sedetik lebih. sepanjang aku hidup dengan mereka dari umur tujuh tahun sampai lima belas tahun. diorang ajar aku tanggungjawab. tanggungjawab adalah ibu segala kasih sayang. kalau misalnya, korang rasa korang ade tanggungjawab atas sesuatu perkara korang pasti akan selesaikan perkara itu sewajarnya.

tanggungjawab yang Puan Mak dan Ncik Ayah ajar aku adalah tanggungjawab pada kehidupan. tanggungjawab pada mereka berdua, tanggungjawab pada pelajaran, tanggungjawab pada Puan Nenek, tanggungjawab pada kawan-kawan dan segala tanggungjawab yang terpikul dalam dunia ni.

tanggungjawab yang Puan Mak selalu nasihat selalunya memberikan aku semangat untuk duduk, bangun dan even berlari mengejar sesuatu.

aku sayang Puan Mak dan Ncik Ayah sedetik lebih sebab dengan mereka aku belajar apa itu berdikari dan cuba apa yang baru. aku belajar gelap dan cicak tu benda biasa, tak perlu takot dan tak perlu jerit kalau melintasi dua-dua perkara. Puan Mak dan Ncik Ayah berjaya mengubah kepompong aku anak bongsu yang manja kepada anak bongsu yang independent. ape lagi aku mahu dalam kehidupan ni selain dari sikap survival macam ni?

aku tak mahu jadi perempuan kuno. yang menghormati ibu dan ayah aku tanpa sebarang fikiran yang rasional. sebab tu, aku sanggup mengubah dasar keluarga dan bekerja keras. aku tahankan kemarahan dan rajuk mereka bila aku jarang balik. sebab aku masih mencari sesuatu untuk kebanggaan mereka.

dengan rasa dosa menyelubungi diri, aku berterima kasih pada Puan Mak dan Ncik Ayah yang banyak memberi dorongan, kritikan yang akhirnya menjadi sokongan untuk apa yang aku cuba lakukan sekarang ni. kepada blogger sekalian. sayangi ibu dan ayah sedetik lebih dari kerjaya. tu je pesanan aku. 

last, aku nak tagged tiga orang untuk join segmen ni : 
(1) Cik Eza
(2) Cik Yui
(3) Cik Dhia

cerita banyak mengarut. aku sedar aku bukan macam anak orang lain. jahat. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.