Pengikut (Blogspot)

Selasa, 17 Januari 2012

petandingan KURUSKAN BADAN

hello semua, selamat petang...

petang terik yang ceria!!! erk? tak langsung beh. aku baru balik dari Medan Mara merangkap Sogo merangkap Jalan TAR. 

aku memang ler gemuk. ye aku memang akui aku gemuk. ada masalah dengan orang sekeliling ke? adelah sikit kot sebab boleh mencemarkan pandangan manusia-manusia yang suke melihat kepada insan-insan kurus kan. 

emosi kan aku. ade sebab la aku nak emosi sikit. mase aku on the way balik dari Jalan TAR, melalui depan Sogo ke Menara TIMA dengan cepat-cepat. dalam masa yang sama, ada akak, Kak Sal sibuk nak tahan -tahan aku jalan. ingat nak jual produk. tapi nak suruh aku masuk pertandingan KURUSKAN BADAN.

bhale. promote kat aku macam aku gemuk giler. siap cakap dengan aku. aku akan dapat produk free. aku akan timbang dan ikut peraturan makan macam yang diorang suruh. aku datang empat kali timbang then baru boleh declare sape menang. siap ade coach untuk aku yang akan latih aku. 

ingat semua tu boleh free ke? aku cakap dalam hati. aku memang la nak kurus. tapi aku sendiri pun kerja tak tentu masa. bukan kerja sepanjang masa. tapi tak tentu. silap-silap hari timbang tu ade meeting sana-sini dengan traffic buat perangai. kan dah menyusahkan orang. 

soalan terakhir Kak Sal before aku blah cepat-cepat tadi ' Adik taknak kurus ke?' dengan confident aku jawab 'TAK!' hahahaha, amek makanan ko. malas aku nak layan. Kak Sal dah buat muka terkejut kenapa aku taknak kurus. bukan taknak kurus. nak tu memang nak.

tapi bukan cara yang sesuai untuk aku. so, sape-sape yang terasa nak masuk pertandingan kuruskan badan. sila-silalah berlegar di depan Sogo dua tiga hari ni. nanti dapatla peluang anda. aku tak mahu okey! 

Okey ape kalo gemuk sekata macam ni?
sampai sini. nak teman Cik Shida urut kaki dekat Selayang Mall. adey-chiau. 


2 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.