Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 7 Januari 2012

lost hope # hebat ala Hang Jebat

ialah seorang...


jurutera awam yang disangka simple dari segi penampilan selalu ke sana-sini dengan selipar jamban jenama Crocs tipu ini sangat complicated dari segi menguruskan hal harian yang selalu buat-buat sibuk. 

jurutera awam yang separuh komited. selalu bangun lambat untuk pergi kerja dan suka merungut bila dapat satu problem kat site. selalu menjadi komited pada semua kerja. itu adalah komited kelas bawahan atau nama lainnya k.u.l.i ~ eja sendiri

jurutera awam yang selalu menipu. kaut untung dengan menjual beli fakta kejuruteraan sebagai modal hujah keuntungan. mempergunakan ujikaji, indicator logik untuk menarik rasionaliti orang lain. dengan fakta, psikologi manusia akan mempercayai kebenaran di sebalik penipuan. 

jurutera awam yang sangat tertekan dan jarang dapat melepaskan tekanan dengan baik. Encik L seringkali jadi mangsa keadaan untuk herdikan dan seranah-an. punca Ncik Bos Botak yang menjengkelkan.

jurutera awam yang tidak teliti dalam kerja. tidak terlampau praktikal dan sering berpandu kepada guideline untuk bekerja. akhirnya segala decision yang dibuat kebanyakan bukan atas kretiviti sendiri. 

kenape, aku tiba-tiba cerita pasal benda ni??

dan sebagai manusia biasa dan dilahirkan untuk menjadi jurutera awam
aku hanya belajar satu benda penting
HIDUP INI MACAM RODA, DALAM 365 HARI SATU HARI PASTI KITA PERNAH JATUH.

sebagai jurutera awam aku berlatih dan bertatih
mengumpul semangat batin bagi melahirkan zahir yang bertenaga

sempurna. itu adalah matlamat jurutera awam 
untuk mendapatkan kesempurnaan?
aku sendiri takda jawapan.

selamat malam ke pagi
adey-chiau


2 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.