Pengikut (Blogspot)

Ahad, 1 Januari 2012

lappy kesayangan kooonon!

hello semua, selamat pagi...

jarang aku ade kekuatan tak boleh tido macam ni. ape pulak la yang tak kena dengan aku ni kan? aieh, esok nak kena gerak awal balik rumah Puan Mak. esok nak tolong Puan Kak Ngah pindah. ni semua penangan tido lama ~ 3 jam lepas lunch dekat Restoren Suri Ayu tengah hari tadi. 

facebook pun dah jemu tengok aku. Cafe' World pulak asyek re-freshing memanjang. nak memasak pun takde mood. habis semua blog aku terjah. tapi siape lagi nak update entri pukul macam ni? Cikilalang pun da masuk tido okey!

line wireless pun ala-ala saat kemunduran tika ini. pantang aku release a few tabs of website terus semua tak boleh bukak. kalau aku terlebih klik mula nak keluar amaran Google Chrome is not responding, checking solution. ko yang lembab carik masalah, aku kene tunggu solution. jeling aku kepada lappy aku yang telah 6 tahun berkhidmat pada aku. dasar tua!

marah pada lappy aku berkurangan kini. aku memilih pendekatan beralah pada mesin tua yang memang banyak berjasa pada aku ni. seingat aku, aku pernah format lappy ni sekali je. mase tahun 2 kat universiti. tu pun bukan pasal virus. pasal aku install The Sims 3 yang tak sesuai dengan capability lappy ni. tu pasal tak boleh nak bukak da.

aku sayang lappy. aaargh dah mengantuk finally cerita pasal lappy membuatkan diri bosan. dah bape kali dalam bape banyak entri pulak aku bagitau aku sayang kat die. takkan tak puas hati dengan aku lagi kan lappy? aku sepuk nanti.

bersifat garang seperti memarahi lappy terlampau over membolehkan blogger lain cakap aku sewel. sedikit sewel la saye sekarang. selamat pagi yang masih malam. adey-chiau


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.