Pengikut (Blogspot)

Khamis, 26 Januari 2012

langit mendung awan berarak la hati ini

hello semua, selamat petang....

emosi aku. sungguh tak stabil. aku tak tahu ramai orang terdekat dan tersayang merelakan keputusan aku untuk berhenti. I have nothing now but they support me. alhamdulillah. 

aku berbelah bahagi. surat dah ade kat tangan aku. borang cuti pun aku dah isi. cuma hati aku berat sangat nak hantar. mungkin as petanda hidup aku akan semakin jahanam lepas berhenti kerja. i knew it, i follow my heart. ikot kata hati kan mati. tarik nafas dalam-dalam. ape aku patut buat ni?

pernah kata pepatah orang yang workaholic cakap, kalau kita sakit nanti keluarga kita jugak yang akan terkontang-kanting menguruskan kita. as well as, same goes to the situation macam ni. kalau kite runaway dari satu company, sikit pun company tu tak rugi ape-ape. silap hari bulan before ko cabut dah ade pengganti 10 kali hebat dari ko. ape diorang kesah, korang sorang je yang berhenti pun. bukan satu company. kan kan kan? jangan budget handal dengan perasaan kalau aku mati company tak boleh hidup. go to hell. mereka semua in business ma ~~!

aku faham Puan Mak sedih. aku berhenti tanpa back up kerja lain. aku faham bukan sengaja Encik L cakap aku bodoh tanpa buat pembelaan kat diri sendiri depan Ncik Bos. aku faham segalanya.

tapi hati aku dah tawar sangat nak kerja. nak tambah garam air mata tak henti-henti ni. ape yang sedih sangat aku pun tak tau. this time, kenape hati nekad ni tak berubah? aku ingat bila aku dah bangun tido dan tido bangun semula aku akan lupekan semua perkara ni. tapi aku sangat silap. masih bersarang dalam kepala aku. masih mengatakan yang tempat aku bukan kat sini lagi.

aieh, terasa nak minum petang la. carik pisang la. pegi rumah Puan Nenek. buat cikodok pun sedap. time-time ni pulak aku baru nak ingat kat Puan Nenek. selalu? haraammmm.... tu la balasan dosa kan?

kalau aku ber-mood baek aku akan ber-entri yang lebih menarik dari ni. bloggers yang rajen singgah blog aku, nanti kalau ade masa aku singgah blog korang eh. rindu sangat nak ber-feel blogwalking dan membaca semua kisah hidup korang yang menarik tu...!

malam ni penentu. aku nak buat istiharah. aku terburu-buru. aku tahu. aku serah kat Allah SWT atas segalanya. adey-chiau. 

10 ulasan:

  1. kupu-kupu balik petang,
    rama-rama keluar kepompong,
    pergi sekolah pagi baliknya petang,
    dapat ilmu, jangan hilang

    :D

    handal tak pantun ni ? haha ..saja2 jer ... peace yaaww!

    BalasPadam
  2. Adeh. Sabar ye. Mungkin rezeki awak dekat tempat lain. Siapa tahu kan? :)

    BalasPadam
  3. rezeki ada dimana2..
    buat la apa yang dirasakan terbaik..:)

    BalasPadam
  4. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat luahan perasaan dendam pun menarik ke??

      Padam
  5. tulisan yang sangat bagus sekali gan, makasih banyak atas artikelnya

    BalasPadam
  6. jangan risau...rezeki tu di mana2 je...berserah pada Allah...mungkin dengan berblog kamu dapat duit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pernah dapat duit dengan blog saye. haha

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.