Pengikut (Blogspot)

Isnin, 2 Januari 2012

kucing nama Kajang, jiran agak bangang!

hello semua, selamat malam...

malam ni rumah aku sunyi. rakan taulan rumah semua membawa diri ke Tg Harapan untuk makan ikan bakar. aku baru balik dari rumah Puan Nenek. tak berkesempatan nak join mereka-mereka. menanti kehadiran Ncik Meor Satey ke Restoren Al-Safir. lepak mamak sejam dua, meninggalkan kebosanan dan melapangkan dada. wahaaa ~!

hari ni aktiviti aku duduk dekat rumah Puan Mak, tido sepanjang hari dan singgah ke Kedai Seringgit dekat dalam Econsave Jalan Reko. begitu simple ke kehidupan berumah tangga dan bercucu dua eh?

cerita pasal mak, ayah, nenek, cucu dan cicit. tiba-tiba aku teringat satu benda la kawan-kawan blog. sile dengar luahan hati ini dengan jawa jayanya okeh??

sesiape la rajen blog aku mesti kenal sape Kajang kan. kucing idaman Malaya area perumahan aku. mane taknye, muka cute macam Puss then warna pulak keemasan. perwatakan manja dan mudah mesra. semua pun terpikat. 

sesiape yang belum kenal Kajang, meh aku link-kan satu entri yang menunjukkan kasih sayang aku terhadap Kajang aku macam entri ni diari kajang nombor satu. serius Kajang adalah seekor kucing yang dapat mengalahkan cinta mati aku pada kesayangan aku Cik Kecak.

tapi kan, siape tahu mase depan. aku menganggap Kajang seekor kucing yang tak mengenang budi atau aku boleh panggil jiran aku sebagai pencuri. iya, hati Puan Mak sakit. Puan Mak merintih saban kali aku balik dan bercerita berkenaan dengan Kajang.

jiran sebelah rumah aku. pun cat's lovers macam family aku jugak. memang sejak aku kenal depa ni lagi. guna pulak depa dan-dan, diorang ni orang uthara. kena sangat la kowt nak paggiy diorang depa... tak kesah la orang mane sekali pun. mane-mane manusia same je. masing-masing kena tau batas dan hak masing-masing. tu je aku mintak.

mase lepas aku pindah keje Selayang dalam setahun yang lepas, Kajang tinggal seorang diri waktu pagi menjelang ke petang. kira sampai Puan Mak balik keje la. tu adalah kesempatan yang baik. ye, memang kesempatan yang baik untuk jiran aku, yang anak beliau masa tu tengah cuti sem bermain-main dan bermesra dengan Kajang.

aku sebagai jiran yang prihatin memang tak kesah (masa tu la). serius, dari Kajang takde teman kat rumah baek la dia g main-main dengan anak-anak jiran aku. tapi manusia kan. bagi betis, sure nak sampai peha lepas dapat peha nak pegang sampai anu dan kalo boleh seluruh badan nak jadi milik mutlaknya. aish, serius aku bengang ni!

same la macam anak-anak jiran aku ni. bile petang, Puan Mak jerit-jerit panggil Kajang balik. diorang pegi kurung dalam rumah. padahal suara Puan Mak kuat gile kot. macam terdengar jugak cakap-cakap diorang 'biar, jangan bagi Kajang keluar. biar duduk rumah ni' Kajang terkurung dalam rumah mereka selamanya.

who the hell are you? kucing tu rumah aku yang punya kan. kenape ko nak buat macam hak kau tanpa ko sedar rase kecik hati jiran sebelah rumah kau. ade ape-ape dari hak ko yang kitorang pernah amek ke before ni? Puan Mak malas nak kecoh. biarkan saje Kajang menjadi ahli tetap rumah jiran aku. ade kitorang nak balas dendam? takde pun. Puan Mak siap dapat kutip kucing kuning baru yang sebijik warna dan rupa macam Puss. korang ada?

dan sekarang ni yang paling memalukan. bila diorang satu family pegi bercuti. siap tinggalkan Kajang kat Kedai Pet. before ni kalau nak pegi mana-mana okey pulak nak mintak Puan Mak tengok-tengok kan. tapi sebab dah mencuri ~ mengambil hak orang lain tanpa izin, terpakse la habiskan duit semata-mata nak tinggalkan kucing kampung yang makan hari-hari ikan kembung rebus kat kedai. sungguh tak style hidup kamu kan?

ni bukan pasal isu kucing semata-mata. kalau blogger nak rase aku emo. isu parking pun macam tu jugak. nak parking tepi rumah aku takde masalah pun. tapi ingat sikit, hidup tu dah berjiran kan. jangan nak parking tengah-tengah jalan sampai kereta tak boleh lalu pulak.kalau sehari dua mungkin ade urgent sana sini. tapi kalau hari-hari? takkan hari-hari balek keje, tahan berak dalam kereta kot.

bengang. dan tambah tahap bengang apabila Arkitek Minyak Masak menyediakan lukisan untuk pelan baru rumah Ncik Ayah dan Ncik Ayah agak sengal menunjukkan lukisan itu kepada jiran yang sibuk bertanya. Ncik Bapak dengan selamba pegi photocopy pelan yang aku reka khas milik Arkitek Minyak Masak sesuka hati. tapi Ncik Ayah pun bersalah sebab kata boleh copy tanpa hal. aku pun bengong sebab lupa nak bagitau hak private and confidential aku. bengang aku bengang.

kenapa dalam dunia ni? ade manusia boleh nak ambil hak orang lain dengan mudah ye??? tanpa memikirkan perasaan dan kepentingan orang lain? takde jawapan aku malam ni. sebagai jiran, ketahui lah hak anda dan hak jiran. adey-chiau.

Ni Kajang aku comel kan. mane tak kene curi. aieh

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.