Pengikut (Blogspot)

Isnin, 16 Januari 2012

jumpa pertama kali

hello semua, selamat malam...

esok adalah hari pertama bekerja. dalam minggu ketiga tahun baru. ada perkara yang menarik ke? aku ingin mengeluarkan segala sisa-sisa angin dalam badan ni. sisa kafien petang tadi masih bertakhta dalam setiap urat-urat sendi yang menyebabkan penyebaran angin keseluruhan badan. 

bertakhta dalam badan adalah angin. bertakhta dalam hati. mesti Encik L. tapi kadang-kadang selalunya aku buat beliau rimas dengan aku. kesian pulak. aku kan ingin perhatian melebih 101% dalam hidup. aduh! perlu buat medium luahan perasaan ke kat sini?

aku taknak beliau vomit dengan aku. someday, aku akan kena tinggal. wahaa. silalah beliau rasa beliau HOT sekarang ni. dan aku memang sedang gila bayang pada beliau tanpa sebab. yihaaa ~!

16 Januari tahun lepas, first date aku dengan Encik L. adekah aku sangat menyampahkan sebab ingat semua tarikh-tarikh perjumpaan kami. adekah aku kurang normal dengan mengingatkan beliau tarikh-tarikh yang aku rase romantik. walaupun takde la se-romantik mana fikir-fikir lama-lama pun. makan dekat kedai yang area sini. lepas tu hantar aku balik. tu je?

first date aku yang betul-betul. dengan beliau yang pertama pun. kalau aku over pun hari ni nak kecoh-kecoh pasal tarikh ni. bagi muka la sikit kat aku kan? ni aku call taknak angkat pulak. sibuk sangat tengok cerita Cina entah ape. cerita Cina adalah lebih penting dari aku. alangkah bagus kalau beliau baca ini. tapi ade beliau kesah ape aku mencarut kat sini pun?

tak sangka, dah setahun berlalu dari first date yang memang rasa tak best tuh. kenape aku maseeh kekal bersama eh? mungkin jodoh aku sangat sangat sangat panjang. doakan berkekalan dan jadikan aku yang halal untuk beliau dalam masa yang terdekat ni. 

bercinta beh. tak jumpa walau tiga minggu dah rasa macam lama gile dah. durjana punya nafsu kasih sayang. aku mahu tidur. adey-chiau. 

2 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.