Pengikut (Blogspot)

Rabu, 18 Januari 2012

hidup ini karma

hello semua, selamat malam...

hari ni hari yang panjang. aku pagi pegi collect duit Ncik Bos Botak. balik dari tu, terus shoot pegi Hospital Kuala Lumpur. nak melawat Ncik Atok yang sakit-sakit tua kat sana. 

sebut pasal HKL, korang tau ape yang bhale kat sane kan? of coarse parking and I don't know. seberapa banyak parking yang tersedia pun, sebanyak tu jugak penuh. kenape designer tak terfikir pun nak tepek parking bawah tanah waktu bina setiap blok sane, barulah boleh menjamin fasiliti yang baik untuk warga-warga emas kan. con-dam! itu je yang mampu aku buat dalam hati.

hidup ni karma. kalau beragama sikit, orang cakap jangan percaya pada karma. percaya pada ketentuan. semuanya aku rase berbeza pada istilah jer. 

karma, timbal balik dalam kehidupan. kan? ape yang mak bapak atok nenek lalui dan beri. ape yang kita sering memberontak dan memaki. no wonder, karma akan kembali menunggu kita. 

hidup ni karma. bila aku kena jalan kaki jauh-jauh kat parking seorang diri membawa payung menyeberang jalan. langkah cepat-cepat. Ncik Atuk selalu beraktiviti seperti ini dulu. kini, bila aku ber-karma. aku sedar, kesusahan itu. suasana itu serta pemandangan yang hadir melalui aktiviti itu. 

hidup ni karma. bila kita tolong kawan waktu presentation at other time someone else akan tolong kita dalam kesusahan kita lain. mengharap karma pada insan yang sama? itu adalah bodoh. hidup ni karma tapi kita kena lalui dengan ketentuan dan kebijaksanaan. 

ape aku bising sangat pasal karma ni. setelah berjalan kaki dari susur Jalan Tun Razak sampai Blok Utama HKL dalam keadaan hujan lebat. aku hanya boleh berkata-kata yang HIDUP INI KARMA.

meh dengar lagu Karma - Faizal Tahir. baru kau faham karma ibu -ayah - anak. adey-chiau

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.