Pengikut (Blogspot)

Selasa, 24 Januari 2012

fiksyen (rekaan) 302 (hukuman mati)

hello semua, selamat ahad...

hari cuti ni macam tersama pulak aktiviti macam Cik Paris Lipton pulak la. membaca jambatan ilmu katanye. ahahaha. poyo kan.

aku kan peminat Ramlee Awang Murshid. semua kengkawan tahu la kan. tapi aku tak berminat nak beli buku baru beliau tajuk Fiksyen 302. entah. macam malas dan macam belum ade ilham nak beli. berat je rasa hati tu. senang cakap, aku rase cerita ni bukan type-type yang aku minat ler.

Siapa itu Zonan????!


lagipun aku ikrar dalam hati nak berjimat. aku taknak beli novel sesuka hati. aku lagi suka beli buku fakta sekarang. dengan harapan aku boleh kumpul bagi anak-anak dan cucu-cucu baca nanti. hihihi. 

semalam, Cik Shida dengan Kak Hawa balik Selayang Mall, purchase novel ni. alah sebab ade rebate 25% kan? huhuhu! 

tapi aku dah menjadi sudu yang lebih dari kuah. Cik Shida belum telek lagi buku ni. aku dah pakat amek baca. memula baca beberapa prolog aku nak jadi tertaut. novel ni ade dua prolog. unik kan? tu pasal aku suke hasil penulisan Ncik Ramlee ni! 

sampai bab 38 heading aku baca sekarang, masih samar-samar cerita pasal prolog satu tapi prolog dua pulak berkembang sebagai watak sampingan. emm, kreatif habis dah aku rase.

sinopsis yang mendokong kepada kata-kata Jangan Percaya yang bercerita mengenai pembunuhan beberapa orang kuat ahli politik Datuk Mahali dengan pembunuh yang berbeza tetapi menggunakan method operandi yang sama. menulis angka 302 pada dahi mangsa. 302 tu adalah simbol kanun 302 yang membawa kepada hukuman mandatori hukum sampai mati. 

bercerita berkenaan dengan pembunuhan disebabkan oleh faktor psiko. emosi tak stabil pembunuh yang mengidap penyakit gile yang susah nak eja tuh. tapi penyakit tu berbahaya. sebab si pesakit boleh berubah menjadi dua ke tiga karakter. karakter yang berlainan sehingga ke paras luar sedar. bukan amnesia tapi ape benda aku lupe

Zonan menjadi tanda tanya utama dalam cerita ni. siapa Zonan. aku nak baca la ni sampai ending die. menarik gaya bahasa tertanya-tanya dan penuh persoalan yang Ncik Ramlee cerita dalam ni. memang excited nak baca sampai habis.

okey, aku baru balik dari site ni. mengarang blog dulu baru ade mood nak mengarang report. hebatkan gaya hidup aku. hahahahah. adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.