Pengikut (Blogspot)

Ahad, 15 Januari 2012

fall in love with Italiano

hello semua, selamat hari ahad...

oouh, beban kerja macam makin-makin-makin meningkat. walaupun kerja-kerja kat Miri separuh reda. ada benda lain lagi yang aku kena fikir-fikirkan sekarang ni. 

hari ini jugak adalah hari laundry. yeah. aku nak basuh baju-baju yang aku baru beli semalam. baju berharga murah kena cuci dulu. kalau tak nanti badan gatal-gatal. mengade sungguh kan?

hari ni aku nak cerita pasal barang. semua barang ada jenama dengan negara pengeluar yang selalu orang bangga-bangga kan. apa ada pada jenama. baju jenama ape pun, kalau itu yang mampu. tu barulah hak aku. aku berungkap monolog, of course sendirian. 

barang dari Italy. lately aku suke pulak. bukan suke kot. mungkin agak berjodoh dengan barang dari negara ni. aku sekarang sangat fall-in-love dengan barang-barang jenama ni.

BARANG SATU : MAPEI 

ade team Le Tour D Langkawi rupenye!

barang aku kenal secara tak sengaja. simen-simen or produk yang kitorang akan guna untuk kerja-kerja repair kat Miri. mula-mula nak guna Fosroc yang based di US tapi sebab kawan atas kawan, Ncik Bos Botak willing tukar tu produk ni. ade yang okey, ade yang tak. yang penting harga kitorang boleh tekan sampai mati. ni adalah first projek beso diorang. hahaha. 

BARANGAN DUA : VALENTINO RUDY

Dah jahanam ni sebenarnya. hua hua hua!
okeh. ni beg kesayangan aku. punca aku beli beg ni. aku fed-up dengan beg uptown yang berharga sangat mampu milik yang hanya bertahan selama sebulan dengan kegiatan-kegiatan lasak aku setiap hari. so, aku decide nak beli beg yang tahan lasak, sedikit berada untuk memuaskan keinginan hati yang meluap-luap meyampaikan rungutan pada otak yang sarat dengan fikiran. cilake punya hati, otak dah tak mampu berfikir dengan sedikit waras lalu bila balik dari submission borang-borang tanah kat DBKL, Jalan Raja Laut dan dengan kondisi mengular ketika bekerja bersama Cik Wahida, aku terus ke Sogo dan beli beg ni. without any brain masa tu. 

beg ni aku panggil sebagai beg bertuah. banyak duit CASH pernah masuk dalam beg ni. selalunya untuk projek dengan satu kontraktor ni akan bayar pakai duit cash. dan yang akan kira dan beg sasaran Ncik Caah waktu collect payment selalunya aku. huhu! bapak gumbira bila dapat rasa ada 70k, 60k, 30k dalam beg ni walaupun selama beberapa minit sebelum di-bank in ke akaun Ncik Bos Botak. oh, saje nak info yang kapasiti beg ni muat until 100k. alangkah bagusnya kalau betul-betul jadi beg aku kan??

aim aku yang terbaru nak beli heels boot combo tuh. semalam tengok jenama Camel tapi memang tak mampu milik dengan gaji aku skang. rase jenama ni murah lagi. aaaah, beeest!

BARANGAN TIGA : ELIANTO 

okey. ini make up murah. serius murah kawan-kawan. sebab ade eye shadow satu tepek beso just RM8 je pun. celak harga RM10 sebatang dan lipstick under RM30 dah dapat yang glow. emm, ape ko nak lagi Jah?? 

antara koleksi aku yang aku rasa paling comel. hihi!
aku kenal brand ni masa dekat universiti lagi. tak tahu pulak aku ni jenama Italy. semalam aku dapat tahu sebab aku beli lipstick. dekat bontot lipstick tu tertulis Elianto: Made In Italy. ooouh, batak di dalam hati. seketika aje okey!

aku beli semalam yang ni, color Cherry Berry
aku suke lipstick yang aku beli semalam. pandai Ncik Nyah tu promote. mane-mane branch Elianto banyaknye warga macam Ncik Nyah. aku pun tak tahu kenape. polisi syarikat ke? hahahaha. anyhow Jah sekalian, kulit-kulit Ncik Nyah kat Elianto ni semua cantik-cantik tau. mulus, bersih. lagi-lagi yang buat aku terpedaya dengan lipstick ni semalam. bukan aku sorang je pernah terpedaya dengan Ncik Nyah Elianto. Puan Kak Ngah pun same tau!!! hahahahaha. ter-feeling nyah pulak. 

agak-agak Italy banyak chemist kot. industri kimia berkembang mendadak-dadak ni. make-up, simen, beg kulit. semua-semua yang kena ada sebatian kimia ape jadah. chemist cecita aku masa kat matrikulasi tu...! 

okey. rasenya entri ni dah berlebih. mahu gosok gigi. basuh muka then tepek Biore Pore Pack kat muka. tunggu air mendidih, bancuh nescefe, laundry baju serta makan roti dengan majerin campor jem sebentar. adey-chiau.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. lipstik ke? tak mahal la... satu stick baru RM20.00

      Padam
  2. wah sy pakai barang tak kira dari mana dtgnya..made in malaysia pun ok..made in thailand pun ok..haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Kutu, saye pun pakai semua... hahaha

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.