Pengikut (Blogspot)

Ahad, 1 Januari 2012

cinta Tahun Baru (2)

hello semua, selamat tengah malam...

selamat tahun baru 2012. yup! hari ni genap 365 hari aku masih berhubung dan mengambil tahu hal ehwal Encik L. hadiah ulang tahun ada? takde la kawan... huhu!

sedih ke aku takde hadiah tahun ni. takde la sedih mane pun. ade benda yang lebih gembira dari hadiah emas berlian. belum masa.

yang menggembirakan bila Encik L sangat bersemangat untuk kerja. dan mendapat beberapa projek yang boleh buat carik makan. baru dapat semalam. hari ni baru set-up dan esok mula kerja. alhamdulillah. rezeki tahun baru kitorang. 

tadi, lepas aku bincang harga perabot dengan sepupu kepada Encik L. oh, ini bukan perabot kawen saye. ini perabot projek Ncik Bos Botak di  Trolak. aku keluar jalan-jalan dengan Encik L. sanggup pegi Ijok tadi. semata makan Char Kuew Tiau Bukit Badong. best in Ijok katenye Encik L. aku layankan aje ler. 

kalau tahun lepas, mase ni aku dok layan cerita dekat rumah Puan Mak. tahun ni aku layan makan Kuey Tiau sambil tengok bunga api siaran TV2 dekat kedai makan tu. emm jadi ler tu. romantik jugak ape. hahaha.

di saat bahagia ni. aku sangat bersyukur berkenalan dengan Encik L. Encik L ni memang seorang abang, sahabat, pengkritik, pemuji, pembimbing, pembuli dan segala-gala yang melengkapi aku. 

okey. cerita panjang-panjang pasal Encik L pun bukan menarik sangat. zaman bercinta kan, semua pun aku rasa manis. dah bersama nanti tengok macam mane pule?? kan kan kan. 

okeylah. sempena ulang tahun perkenalan yang pertama ni. aku nak cerita tahap romantik Encik L. excited tak nak tau? hahaha, jangan menyesal nanti....

Aku : Abang, tangan kite ade luka ni? (ala, segaris je pun. saje nak gedik dengan sape lagi aku nak gedik kan?)

muka masih slumber. layangkan stereng dengan tenang menuju ke Restoren Pak Lan. 

Encik L : ye ke, nak sapu ubat ke? (soalan perangkap maut)

Aku : nak sapu ubat ape luka macam ni?? (terperangkap dah)

Encik L : ubat Pelempang la bagi. mengada-ngada. gua sebat lu nanti ape pun tak dapat. 

Ni baru betul-betul injured kan?

sambil itu tergelak besar. cilake! cakap aku dalam hati. mula-mula ingat beliau dah berubah jadi caring. tapi hasil tetap tidak memberangsangkan. 

ape-ape pun memang tengah bahagia. selamat ulang tahun perkenalan dengan Encik L. semoga ade rezeki la aku nak naik satu tingkat lagi dalam tahun ni. 

mintak maaf. entri yang penuh dengan cinta menyampahkan. saje la buat kenangan diri sendiri. ade link pasal cinta Tahun Baru (1). ni tahun lepas punya acara. tiga jam sudah menganjak ke tahun baru. adey-chiau. 

2 ulasan:

  1. nak naik ke tingkat mana tu tahun ni cik pari2cumel? ehehhe... apappun, semoga hasrat tercapai, jangan lupa kaborkan kat ai ye. hehe...

    Happy new year!

    Kak Ijan

    BalasPadam
  2. huhuhu.... tingkat nak kawen tapi duit takde lagi...

    happy new year too :)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.