Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 20 Januari 2012

cengkerik

hello semua, selamat pagi-pagi buta....

siot punya cengkerik. aku punye adjust time tido aku dengan betul as well as aku assume nak bangun seawal lima setengah pagi nak settle-kan drawing aku buat aku pinar mata sambil memikirkan jawapan yang paling sesuai untuk report yang akan dibawa pergi oleh Ncik Caah ke Johawaki pagi ni. 

betul. kata-kata umpama manusia merancang; Allah SWT menentukan. disebabkan bunyi cengkerik yang rasa bilik aku ni hutan belukar tropika yang sungguh merdu tanpa unggas bersahut-sahutan. takkan cengkerik ni tak perasan yang dia dah sesat. no unggas around you la kawan. 

aku takot dengan cengkerik. ikot hati nak je call Encik L yang kat Tg Sepat tu datang. tangkap cengkerik ni buat umpan mancing. baru kena dengan makan dia. ooh, tak waras. aku tau. 

credited to hatira.fotopages.com ehsan Google
sekarang cengkerik tu, duduk menyorok belakang langsir. memula langsir belah katil aku. dok memekak. aku takot nak selak. aku biar seberapa lama. pindah pulak dekat area tingkap Cik Hawa.

sama-sama takot. Cik Hawa pulak dah jerit-jerit. nak bukak tingkap semua kecut. aku halau Cik Hawa keluar bilik. tido kat depan daripada beliau memekak-mekak suruh aku bukak tingkap nanti. kejam jugak aku kan?

sekarang ni. aku dah tak boleh lelap. ngeng punya cengkerik. aku takot ko la kurang pandai! sejak bile pulak cengkerik pegi sekolah ni...? 

pening. nak siapkan drawing. aku nak tido lagi setengah jam lebih-lebih je. takkan cengkerik ni tak paham kot. adey-chiau.

4 ulasan:

  1. kesiannya...ndak mengapa ada hikmah tu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hikmahnya ialah bangun lambat hari ni... hehehe

      Padam
  2. haha cengkerik pun jadi hal..join je cik hawa tido kt luar,habis cerita..kehkeh

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.