Pengikut (Blogspot)

Khamis, 12 Januari 2012

Bawak Lari Pengantin Perempuan

hello semua, selamat malam...

penat. baru balik dari Seremban. ada masalah dengan hantar batu ke Johawaki. tak pasal kena stop work order man. malas aku nak masuk campur. nak minum air batu campur boleh? hahaha. 

malam pulak. layan gosip Miri. aish. memacam pulak masalah timbul ni. untung batu timbul, untung sabut tenggelam. peribahasa yang macam ni style jugak kan. maksud macam kita sendiri takkan tau ape jadi masa depan. ada nasib batu yang selalu tenggelam tu akan timbul. macam tu jugak sebaliknya.

sekarang. tengah layan cerita hindustan. TV 2 skang ni rajen ouh keluar cerita hindustan. bulan SRK katenye. aku sebagai gile SRK taknak ketinggalan. funny man, satu karakter yang paling aku suke dekat lelaki. Encik L pulak. langsung tak kelakar. ni cinta atau mainan hidup eh? maseh berfikir dalam minda di sebalik kepala yang kepeningan ni.

Dilwale Dulhania Le Janyenge (The Big Hearted Can Take the Bride) memang cerita cinta awesome. waktu aku darjah 6 dulu. best ape. dah la Raj tu kelakar, kreatif, penyayang dan macam-macam lagi karakter yang perempuan macam aku suke. amcam? ade dapat? tak langsung.

memang pandai Hindustan berlakon tempat cantik!
family aku macam ade story sikit dengan cerita kat atas ni. kalau fikir-fikir balik. fenomena gila Hindi pernah ada naek turun dalam Malaysia ni. memula dulu zaman filem hitam putih (atok-atok aku) tu yang filem atok kepada Kareena Kapoor dok berlakon cerita Sangam. lepas tu, orang tak minat dah. sampai kepada pakcik Kareena Kapoor berlakon cerita Bobby. lepas tu zaman Amitha Bachan, ade orang amek pusing. ade jugak yang tak. lepas tu baru lah muncul hero idaman aku Shah Rukh Khan dengan cerita Kuch Kuch Hota Hai yang mendapat gelaran Datuk kat Melaka. rase macam tak perlu kan?

panjang sangat kot pendahuluan untuk cerita aku yang ni. masa aku darjah satu. antara zaman Sunny Deol sebelum Shah Rukh Khan, Ncik Ayah gemar pegi pasar malam. ape kena mengena??? hak hak. 

rilek Mastura, dont be so kekabut okeyh! Ncik Ayah suka beli kaset Hindustan. nak pasang dalam kereta. waktu pegi berkelah dekat Ulu Bendul sane. Ncik Ayah minta pada Anney jual kaset (zaman tu da) Bobby ke Sangam ke buat layan telinga sepanjang jalan. Anney geleng. jawapan simple, 'Habis...' Ncik Ayah agak kecewa dengan membuat perubahan air muka drastik. **kecewa**

Anney macam memahami perasaan kami sekeluarga yang menyukai tarian dan nyanyian fantasi Hindi terus berkata 'U beli ni, conform sedap punya!' Ncik Ayah yang ada semangat toleransi 1 Malaysia. terus beli kaset yang tergeliat lidah nak menyebutnya. 

memula mase first time dengar, kitorang satu family gelak-gelak. tapi kalau dah putar 20 kali. rasenye lagu Twinkle-Twinkle yang takde maksud tu pun jadi sedap. same la dengan kes kitorang satu family. Puan Along siap hafal lagi semua lagu tu. mase aku darjah satu, Puan Along darjah empat. 

manelah kitorang tau yang cerita bawak pengantin lari ni famous dah kat India. Malaysia memang lambat sikit kenal dengan SRK ni. kan kan. 

bila waktu aku darjah enam, cerita ni keluar dengan lagu-lagu yang macam kenal la kawan. lagi excited aku dan kakanda lalanda layan cerita ni. hahaha. 

sekarang ni dah jadi vintage kot cerita ni. agak-agak kalau Kajol yang dah ada anak, tengok beliau menari berkemban dalam cerita ni. segan tak segan? hekhekhek. seb baek ko pelakon Jol....!

Sedang tak tahu Raj adalah jodoh dia!


okeh. mahu mandi sebelum pening melarat. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.