Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 7 Januari 2012

asal usul manusia

hai semua, selamat pagi ahad...

lepak dengan geng rumah sewa. sambil-sambil tu ralit membaca salah silah Nabi Nuh A.S selepas daripada kejadian banjir terbesar dunia yang akhirnya kapal terdampar di Bukit Judi. Judi bersamaan dengan perkataan Jed dalam bahasa Arab bermaksud datuk. Bukit Datuk. 

asal-usul keturunan manusia memang dari Nabi Adam A.S. namun salasilah itu seterusnya disambung oleh Nabi Idris A.S dan kemudian Nabi Nuh A.S menghadapi saat kesukaran sebagai seorang rasul dengan kehadiran umat manusia yang ingkar dengan perintah Allah SWT. 

lalu Nabi Nuh A.S berdoa kepada Tuhan atas kekafiran kaumnya yang menyembah berhala dengan memanjatkan doa macam kat bawah ni:
Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata, "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada seorang kafir itu hidup di atas muka bumi! Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan anak yang berbuat dosa lagi kufur ingkar. Wahai Tuhanku! Ampunkahlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke dalam rumahku dengan keadaan beriman, dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan (segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan." [Surah Nuh, ayat 26 hingga ayat 28]
Dengan kuasa Allah SWT yang mana telah diperintahkan Nabi Nuh A.S untuk membina sebuah bahtera yang besar bagi menempatkan kaumnya yang masih taat beriman pada Allah SWT. lalu Allah SWT membuka pintu-pintu langit dan menurunkan hujan yang mencurah-curah serta memancarkan mata-mata air, bertemulah air (langit dan bumi) bagi melaksanakan perintah-Nya (membinasakan orang kafir)

hanya bahtera Nabi Nuh A.S yang terselamat dalam pelayaran tersebut dan tersadai di Bukit Judi. di kala itu, anak-anak Nabi Nuh A.S yang beriman dan menyertai pelayaran itu ialah Sam, Hem dan Yafitz. seterusnya membina penempatan di kawasan Bukit Judi (berhampiran dengan Bohran dan Turki) dengan menggunakan kayu-kayu dari kerangka kapal tersebut.

Tapak Kapal Nabi Nuh AS - Bukit Judi
Sam dipercayai nenek moyang kepada bangsa Timur Tengah, Ham pula nenek moyang kepada bangsa Afrika dan Yafits merupakan nenek moyang kepada bangsa Eropah dan Arya Timur. 

setakat ni tu je ilmu aku mengenai ni. aku nak teruskan pembacaan aku lagi. macam contoh kan, mane asal usul bangsa Melayu dan Asia Tenggara ni dari Salasilah Nabi Nuh AS ni. kan?? ade aku bace tajuk pasal ni semalam. lambat lagi nak sampai part tu looh ~!

mane aku dapat info ni? semua dari buku Yakjuj & Makjuj : 5 Gelombang Pembawa Bencana hasil kajian Muhammad Alaxender tuh.... korang try la bace ok. mesti korang excited nak tau sebab gaya bahasa beliau dah makin mudah sekarang ni. alhamdulillah.

nak sambung bace ni. kalau ade info yang terkurang ni datangnya dari diri aku sendiri dan mana info yang melekat di mata korang semua adalah kurniaan Allah SWT.

adey-chiau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.