Pengikut (Blogspot)

Selasa, 17 Januari 2012

Aktiviti 8 # Pelik Tapi Tetap Comel

hello semua, selamat malam...

nak buat entri dari GENG fiQ'Ra, Adik Siti NorMastura dah buat aktiviti ke-8. adalah dekat seminggu. memang best jugak tajuk entri ni. excited oouh nak tulis. 

first of all, aku nak like semua penaja yang dah siap di-print screen kan. thanks penaja semua, baru ade semangat nak masuk contest kan....!

































fuh. setelah selesai men-download print screen punye software dan tujuh penaja selamat disenaraikan sebagai penaja. meh kita kembali menjawab soalan aktiviti ke-8 ni.

pelik tapi nampak comel. ni selalu cerita Korea je yang ado. Melayu macam aku ade jugak kot. okey, terpulang kepada geng-geng sekalian nak rasa aku pelik aku comel okeyh!

Comel Satu : aku sangat sayangkan haiwan terutamanya kucing. aku pelihara kucing sesejak umur aku lima tahun. kucing pertama aku nama Benji. akhirnya Benji mati di bawah pangkin rumah Puan Nenek. aku sedih sampai tak makan beberapa hari.

ni Belang, not Benji. credited to Cik Shida
Pelik Satu : walau macam mane pun aku sayang kucing. aku suka BULI kucing itu. macam Belang kat rumah ni selalu kena jentik telinga waktu nak keluar rumah. aku tak boleh biarkan kucing tu duduk diam. mesti aku nak buat kucing tu marah. keh keh, puas ~~!


**********

Comel Dua : aku suka makan makanan yang simple je. macam telur dadar, goreng cili api, cucur udang, cucur pisang dan segala favorite food memang senang nak dapat dan beli mana-mana.

Pelik Dua : tapi, aku suka specific-kan sape tukang masak die. contohnya, kalau cucur udang aku takkan makan kalau bukan Puan Nenek yang masak. tak pun, kalau Puan Mak yang masak sambal udang baru aku beria tambah. nak lempang aku tak?? hihi!

**********

Comel Tiga : aku sangat suka basuh baju. aku suka asingkan hanger untuk blouse lain, jeans lain, tudung lain dan semua baju, seluar ada specific hanger dia. praktis sejak kenal Cik Waniey

Pelik Tiga : walaupun dah ada hanger specific dan semua specific. aku still basuh baju 3 minggu sekali. tu makan dia... hehe, memang aku dasar pemalas.


**********

Comel Empat : aku sangat flexible dan workaholic dalam kerja. serius. ape kerja aku sanggup buat. aku memang tak berkira dan bersedia nak tambah ilmu pengetahuan. hehehe ~!

Pelik Empat : aku akan bangun lambat pergi kerja. sampai Ncik Bos Botak sangka aku pemalas. aieh ~!

**********

Comel Lima : kat sekolah dulu-dulu, even sampai sekarang. aku agak pro dalam subjek mengingat dan membaca. contoh macam Kimia ke, Sejarah ke, Geografi ke.

Pelik Lima : cuba korang tanya kunci rumah aku kat mane? sure aku tak ingat. hihihihi ~~~!


***********

Comel Enam : aku suke barangan make-up. nak jadi perempuan sebenar katanya. apa jenama Insya-Allah aku agak tahu la ape fungsi segala bagai. aku paling suka dengan mascara. 

Pelik Enam : aku tak pakai pun make up pegi keje. aku just pakai moisturizer, foundation, compact powder dengan lipstick. tu pun kalau sempat. kalo tak sempat, aku legam je ler ke tempat keje ni... hihi!


***********

Comel Tujuh : aku jarang merajuk sebagai awek. mean, betul-betul merajukla. kalau merajuk seminit dua tu ade la. bagi aku, ape barang merajuk kan?

Pelik Tujuh : kadang aku merimaskan sebab aku tak reti merajuk. serius aku tak reti. setiap masa aku akan rasa nak mesej dengan Encik L even keadaan tak sesuai. ade cara nak ubah ke eh? 

**********

Comel Lapan : aku suka tengok Hindustan, cerita romantik. cerita Korea ape bagai. macam perempuan kan, comel tak comel??

Pelik Lapan : aku tengok untuk kutuk jalan cerita die aje. bukan romantik mane pun. kahkahkah


**********

Comel Sembilan : aku suka buat nota dan ade table planner segala bagai. mesti nak tulis macam-macam benda sebab takot lupe. buku nota aku bertingkat-tingkat.

Pelik Sembilan : aku tak baca semula pun nota yang aku dah tulis tu. ape jadah aku tulis? pelik-pelik. hahaha. 

*********

Comel Sepuluh : aku suka buat air untuk budak-budak office aku. kire jawatan terpendam aku dekat Teamcoat ni Tea Lady la kan. 

Pelik Sepuluh : rakan-rakan taulan office selalu jadi mangsa air pelik aku macam milo campur horlick campur creamer. korang tau ape rase die??? ke laaaaauttttt! kehkeh!


okeh. lame jugak aku amek masa jawab soalan pelik-cumel ni. sekejap pelik, sekejap comel. tu ikot judgement manusia atas kite la kan. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.