Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 13 Januari 2012

1st GA if i'm student

hello semua, selamat petang....

mula berfikir untuk design satu tender ni. tender macam pelik je. tapi apa boleh buat, hidup mesti kena teruskan. betul tak? tiba-tiba masa aku pegi stalk facebook GENG fiQ'Ra tadi ade seorang blogger yang buat contest yang serious menarik minat aku. nak join. kata aku dalam hati je. nak cakap kat sape lagi kan. dah sorang-sorang aku duduk kat sini. huhu!


Klik SINI untuk JOIN

okeh. ni adalah syarat-syarat nak masuk bertanding. nak dapat hadiah mesti kena ada cara kan... jom, take a short look, korang dah faham dah...


macam biase la, give away mesti la ada hadiah. antara hadiah yang menarik Cik Ezzati ni nak beri macam dalam kotak bawah ni, jooom layan ~~! 


aku dah lama meninggalkan zaman persekolahan aku, zaman sekolah menengah dekat Sekolah Menengah Teknik Selangor, Sungai Buloh (convert to vocational now) hampir 8 tahun. wah, dah cukup tua rupanya aku ni.

masa zaman sekolah-sekolah dulu aku agak skema beb. aku lenge, gigi patah. agak boleh bla la dalam bidang pembelajaran compare dengan kawan-kawan kat situ. agak suka bersaing dan agak malu-malu untuk ceburi apa aktiviti yang bercakap-cakap dengan orang ramai ni. 

kalau-lah aku maseh student sekolah. aku teringin nak....

(1) dapat markah 0 dalam ujian macam Nobita. 

Cute pulak advertisement ni!
seingat aku masa kat sekolah aku pernah fail sekali je dalam subjek Add Math. sebab yang lain aku pakat buat cukup-cukup makan biar tak kena hambat ngan cikgu. tapi ape salahnya dapat 0 kan?? boleh aku betul-betul rasa kena hambat. hahahaha, bila dah besar macam ni. selalu terfikir nak buat jahat kat sekolah. kahkahkah.

(2) aku nak jadi atlit

Cantik ouh body dia ni!!!
ni memang aku tak pernah jadi. dahla memang aku tak kuat main lari-lari ni. lagi satu memang aku takde bakat pun bersukan. masuk-masuk kalah. tak pun kalau merentas desa mesti aku main jalan-jalan kaki dengan kawan-kawan yang memang stongkol taknak lari. apa jadahnye? tapi yang paling best dapat piala banyak-banyak. aku yang takde. lagipun, aku fikir orang yang bersukan selalu HOT. aku HOT ke, takde sape pulak kenal aku kat sekolah kan. hehehehe. 


(3) jadi debater 

macho kan?
aku teringin nak jadi debater. tapi aku ni ada sifat low esteem sikit. takde sape la nak amek aku jadi debater. kalau amek aku nanti, silap-silap hari bulan buat malu sekolah aku je. aku kagum macam mane debater ni boleh bermulut lancang di hadapan orang. sedang aku, nak mintak tolong pun takot-takot. even sampai skang pun. hahahaha, malu lah. 

dah habis. rasanya banyak benda yang aku nak. aku nak jugak bercinta zaman sekolah. tapi sape pulak yang minat ke aku kan? mustahil je. aku ada Encik L sekarang ni. dah cukup gembira meh...

sampai sini dulu. ingat nak masuk satu contest lagi. tapi belum ada idea. maybe later on. adey-chiau.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.