Pengikut (Blogspot)

Rabu, 7 Disember 2011

tajuk sama, cerita beza

hello semua, selamat pagi ke petang....

kegilaan pada buku kembali. sangat-sangat-sangat. ni semua sebab Kak Hawa dan Cik Shida yang menggilai novel dan cerita fiksyen Sherlock Holmes. aku yang tumpang sekaki terus membeli juge buku-bukuan fakta yang boleh menarik minat aku. 

dan sekarang aku sangat excited. aku nak lagi dan lagi pegi Popular purchase another books to read on and on. sementara melelapkan mata ala-ala business man dalam drama-drama Melayu yang setiap hari Puan Nenek layan. ade mase Ncik Bos Botak nak macam tu? entah ler... 


2 buku ~ Masa hadapan

sekarang ni macam trend penulis. trend yang bagus untuk menulis berkenaan dengan isu yang diledakkan oleh Kaum Yahudi berkenaan dengan terjadinya kiamat pada tahun 2012. yang best, penulis-penulis Muslimin bangkit dengan hujah dan hadis untuk menangkis isu ini.

okey, sebagai manusia jahil. aku sendiri akui. aku memang takot kalau aku sendiri akan menempuh kiamat pada tahun hadapan. cerita 2012 tu menjadi fenomena. ade jugak yang pakat bunuh diri ramai-ramai sebab taknak melalui hari kiamat yang dahsyat. 

malas nak ulas panjang-panjang. buku pertama yang aku beli Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik yang ditulis oleh Muhamad Nurani Maarif yang bernaung bawah Hijaz Sdn Bhd. buku ni di-suggest oleh Pakcik Cashier Minerva. masa tu aku mintak buku Muhamad Alaxender yang bertajuk Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman. Pakcik Cashier Minerva terus cakap yang buku Konspirasi Galaktik adalah 3 kali ganda lebih baik dari buku yang lagi satu. 

aku tak tau la pakcik ni kencing aku ke ape. bagi aku setelah baca kedua-dua buku, aku berminat lagi dengan hasil tangan Muhamad Alaxender yang berfakta dan berteliti dalam tulisan. serius ni. 

Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik ni bercerita mengenai bangsa Yahudi yang mempropaganda bahawa kiamat terjadi pada tahun 2012 dengan menceritakan bukti-bukti macam mane kesejarahan Yahudi yang sedang merancang peperangan pada tahun 2012. macam mana pulak dengan dengan Haikal Sulaiman. rahsia korek bawah tanah dan bermacam-macam propaganda Yahudi dikumpulkan dalam satu buku. memang satu ilmu, konspirasi bangsa Yahudi tercatat dalam buku ni. 

Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman pulak menceritakan tanda-tanda kiamat dan ape bukti-buktinya. buku ni mengupas ayat-ayat Quran sehingga kepada berakhirnya tiupan sangkakala yang pertama. alam sehingga manusia dimatikan. macam mana meteor atau komet akan jatuh ke bumi. macam mana fadilat puasa tu dapat menyelamatkan manusia atau muslimin daripada radioaktif yang terhasil daripada hentaman meteor yang kuat tu. 

banyak benda yang dikupas oleh Muhamad Alaxender berkenaan dengan ayat-ayat Al-Quran ni sehingga aku kusyuk dan membaca dengan terus-terusan dan ulang-ulang kali. Muhamad Alaxender jugak bercerita bersama-sama dengan teori sains macam mana matahari itu bergulung. macam mane tahun cahaya, tahun manusia dan macam-macam-macam lagi. 

aku nak cakap kat sini, kedua-dua buku ni memang berilmu dan takde ape bagus dan kurangnya. kedua-dua kupas dua topik berbeza. same jugakla macam korang buat thesis tajuk Industrial Building System (IBS) : lightweight block system. yang sorang kaji pasal strength of the block dan yang sorang kaji capability of adhesive cement gum. dua-dua akan bagi hasil tulisan yang berbeza kan? 

okey. aku sebenarnya ada satu hutang dengan Mr Gan JKR berkenaan dengan isu kecik yang dibesarkan. bonding agent ape bagai. aku kene settle-kan hari ni. tapi condition aku sangat malas. 

adey-chiau semua. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.