Pengikut (Blogspot)

Rabu, 21 Disember 2011

omak den bolum ado restoren laie...

hello semua, selamat petang...

masih menunggu feed back dari Encik L yang sudah berada di atas tower Maxis. nak ajak gaduh tak boleh. nak jumpe pulak kene tunggu malam-malam sikit. parah-parah. 

aku ade kat office ni. saje nak tulis blog. perut aku tengah tak berapa nak okey. makan jering dekat kedai famous area Danau Kota, Raso Omakden. masakan minang pure, kalo sesape nak try. harge pulak menyebabkan aku dengan Ncik Caah membuat tenungan tajam pada Ncik Indra sebagai kepala dalam ekspedisi makan tengah hari ini. 

mase pegi Ncik Indra cakap nak lebat. beliau siap cakap. kalau aku tempat lain makan semua tak habis, tapi kat Restoren tu yang conform sedap. ade sembilang masak cili api yang terbaik. itulah, kata-kata yang menyebabkan kami se-X-Trail cuba makan kat Restoren Omakden  ni. 

aku suke, rasa boleh tahan. memang rase masakan rumah aku yang minang tu la kan. so, aku memang makan dengan lahapnya gabungan antara sotong masak sambal serta sedikit masak cili api jering tumbuk tak berapa nak tumbuk tu. rumah aku tumbuk sampai kembang. bersyukurnya, sebab kedai tu je yang suke nak masak jering style rumah aku. memang aku layan habes la.

nak tepek gambar takde capture. mase tu sampai pun dah pukul 0130 petang. lauk banyak dah habis. lain kali datang, pukul 1100 pagi aku akan terpacak depan tu. ooops! nampak sangat mengular. huhuhu. 

somehow, mase aku googl-ing tadi aku ade nampak satu link ni Rasa Omakden - lauk masakan kampung. cube la korang tengok gambar-gambar yang ade, boleh review lebih jelas pasal restoren ni.

Ihsan blog cheriterazanyra

oh, da habes tulis blog tapi Encik L atas menara lagi. ape kata kau, meh teman Cik Shida. tolong-tolong tengok tender itu. nak tolong. pk 54 kali jap. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.