Pengikut (Blogspot)

Selasa, 13 Disember 2011

maya bukan izzah

hello semua, selamat tengah hari...

mood aku sangat tertekan. pagi-pagi aku dah pegi klinik amek ubat batuk. aku dah tampal tayar kereta. lepas ni nak cuci cantik-cantik. before aku pegi Miri. 

okey, tu bingkisan pasal aku. tapi bukan pasal pelakon utama pujaan aku mase kali pertama aku kenal erti cinta dalam novel Ombak Rindu. 

ye, aku akui. novel ni paling banyak pengaruhi aku tentang cinta. segala jalan cinta yang aku pilih sekarang ni adalah berkenaan dengan cinta dan pengorbanan. betapa naifnya aku. kenape aku pilih hidup macam ni? same jugak dengan alasan kenapa Izzah pilih untuk hidup bersama dengan Haris yang belum tentu kebahagiaanya. 

aku selalu perlekeh cinta. aku selalu mempertikai kebolehan insan bernama lelaki dalam menerajui sesuatu hubungan. aku masih cari cinta hakiki. aku masih memberi ruang dan peluang kepada insan bernama lelaki yang masih mundur dari segi kewangan bergerak pantas. sebab, aku kenal siapa lelaki yang aku cintai. hati memberi hipotesis yang boleh membawa kepada kesimpulan gagal. usahalah!

Izzah yang mempercayai Haris. seribu kali percaya. Izzah yang rela bekorban apa saja. Izzah yang rela dianggap bodoh. tu Izzah, bukan Mastura. aku sangat mengagumi Izzah. Izzah adalah isteri idola bagi aku. Izzah yang taat beragama bersama dengan pakej bijak dalam pelajaran. walaupun pakaian Izzah nampak biasa (bukan selebet macam dalam filem) semua orang masih nampak Izzah sebagai perempuan cantik dan gorgeous di akhir cerita.

Izzah yang aku sangat obses itu seorang yang humble. tidak membangga diri dengan kebolehan yang ada. Izzah yang aku kenal dalam novel adalah seorang pendiam dan pemendam perasaan. takde sape yang tahu beliau pernah didera oleh keluarga dan suami. takde sape dalam dunia tahu tawa nangis beliau. wow. very impressing.

mengenali Izzah membuat aku tak tido malam. menangkap bait-bait lalu menggengam dan memasuki hati aku. Izzah. sangat kasihan. mulut mula menyebar cerita. 

menanti Izzah difilemkan sesuatu yang dianggap kagum. namun hasil hanya baik saje. kecewa!

okeh. aku kecewa bergegas mengejar Izzah; Jumaat lepas dengan waktu yang sibuk aku senggangkan. tiket booking pun belum bayar pada Kak Hawa. bayar sekarang! hehe. 

susah nak dapat karya macam ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.