Pengikut (Blogspot)

Ahad, 4 Disember 2011

luahan sebelum mandi

hello semua, selamat pagi..

hari ahad air mata. wah, pagi-pagi dah bikin ayat kontreversi. aku lapar skang ni. kegemukan ini satu bala yang melatih enzim-enzim perut untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan makanan. aku pasrah dengan takdir-Nya. hahaha ~!

hari ni aku taknak keje. kalau boleh. aku malas nak datang office sekadar printing work. aku dah sampai Bangi beb. last-last kene balik Selayang pagi buta. semata nak print. tapi kire okey la semuanya team Miri dah complete. tinggal aku nak print je.

aku rasa down. bile family aku tak suke aku workaholic. aku gaji rendah. tapi aku suke keje. aku sedih bila Puan Mak taknak cakap ngan aku. aku sedih bile aku sendiri tak dapat bahagi masa antara Puan Mak dan Puan Nenek. macam mane ni eh?

aku memikir mase depan yang panjang. amat panjang sehingga aku terfikir buku yang ditulis oleh Muhammad Alexander tajuknya Armgedon 2012 : Bencana Akhir Zaman. kiamat. ye, jauh pemikiran aku tanpa tindakan yang wajar. hanya di minda aku berperang dengan emosi tapi fizikal aku tidak ada gerakan. masih di tapuk tidak berguna.

Encik L; manusia berfikiran simple. baru suruh fikir jauh sikit dah serabut. aieh, sekarang ni sape pulak yang lelaki. bukan insan ni selalu berbongkak dengan mengatakan akal mereka lebih superb dan berfikiran jauh ke. aah, semua tu budget bagus dengan gender masing-masing. sifat yang akhirnye membawa kepada peperangan ideologi yang tak masuk akal. perempuan dan lelaki saling memerlukan. why don't get understand each other? tibe-tibe pulak persoalan ni muncul. 

boleh ke, aku nak hidup macam ni lagi tahun depan? keje macam giler ni lagi, tahun depan? keje langgar hukum kerja ni, tahun depan?

2012 ~ aku sendiri risau ape perubahan pada diri aku. keazaman aku tinggi. jiwa aku selalunya besar tapi adakah jiwa ini akan mengecut dan semakin mengecut? 

okey la, nak patah balik Bangi semula. untuk pengetahuan kalian. aku tak mandi balik Selayang ni. style bukan?

adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.