Pengikut (Blogspot)

Ahad, 18 Disember 2011

Lalapan Delapan Papan, Makan da ~~!

hello semua, selamat petang...

dah nak gelap dah Miri ni. maklum ler, aku baru tau kan! so nak tulis banyak kali dalam blog. kondisi mata aku mengantok. 

tadi aku singgah Emperiall Mall. lebih kurang 500 m dari Hotel Classy Inn. name pun dah tau betapa cikai hotel ni. tapi cikai ke, mahal ke, kalo duduk sorang-sorang pun bosan jugak. kalau aku lelaki dah lame aku duduk rumah Ncik Zailan. boleh borak-borak. ni duduk sorang macam ni. ape pun tab-leh. 

okey. sementara aku menunggu masa mengantok. aku nak cerita makanan paling best kat Miri skang ni. memula aku sampai kelmarin, masa makan tengah hari Ncik Zailan bawak aku pegi makan dengan Muara Restoren yang betul-betul letak tepi muara, pekan Miri ni.


Lalapan Kembung
tengah hari Jumaat tu aku dah merengek nak makan. mase pagi-pagi aku takde mood langsung nak makan. bile perut dah menggelegak. ape lagi terus Ncik Zailan kenalkan aku makanan kat atas ni: orang sini panggil Lalapan. 

Lalapan ni bermaksud Lapan (8). ade 8 jenis makanan dalam juadah kat atas. korang kire la sendiri. Lalapan ni kombinasi satu daging, ikan, ayam, udang dan ikan bawal yang dimakan bersama sayuran rebus macam pucuk ubi, timun, kobis, kacang, tauhu dan tempe yang kaya dengan khasiat-nya.

dan kaya jugak dengan lemaknya. aku sangat menghayati Lalapan Kembung sebab goreng die macam kene rebus dulu. takde la aku rase sangat garing dan ngam ngam je nak makan dengan sambal belacan dan nasik sepinggan. semalam pulak, aku try makan Lelapan Ayam yang ayam same je goreng makan Ayam Penyet kat Semenanjung.

kalo sesape datang Miri. jangan lupe makan Lalapan. for sure, korang puas hati. order bersama Air Teh C Special okey. baru lengkap berasa sedikit Sarawak kalian!

sebenarnye, aku rindu dekat Encik L. sangat-sangat lak tu. tu la, kalo kat Semenanjung, aku bosan aku boleh ikhtiar nak dating. tapi kalo kat Miri... aieh ~!

mari tutup cerita sambil makan coklat Cadbury Peppermint. terubat kot rindu kat Encik L. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.