Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 16 Disember 2011

ku kunci rindu

hello semua, selamat malam...

berkat doa Puan Mak, kakanda lalanda, Encik L dan rakan taulan office; finally aku dah sampai Miri. jam 1030 pagi tadi. aku tak tau la apehal flight boleh delay pulak. dah la delay, singgah pulak ke Negara Atas Awan (banyak langgar awan da) menambahkan mood yang tidak begitu ooomph sepanjang perjalanan aku. 

aku semalam bergayut cinta. menggatal. dah pukul 0300 pagi still nak konon-konon rancang masa depan yang masih belum nampak bayang dengan Encik L. janji nak bertolak pukul 0500 pagi shoot pegi LCCT dengan Puan Kak Ngah. tapi pukul 0500 pagi aku baru bangun. gelabah aku. pakai ape yang ade je. 

sampai LCCT dalam pukul 0600 pagi lebih-lebih. aku kedek-kedek cari troli dengan mengangkat spare part mesin seberat 5 kilo seorang diri. kalah praktis Ncik-Ncik Askar waktu training kot. aku tak biase dengan urusan baggage collector. aku rilek-rilek pegi purchase Iced Latte dekat Dunkin Donut berhampiran. tujuan, memberi tenaga super kepada aku sampai ke petang. 

Peminat Latte, harus try yang Caramel. Terbaik macam Tok Abba!!!


dah 0630 pagi, panggilan untuk naek kapal terbang bermula. tapi mase tu, aku baru tau yang kaunter baggage collector tu panjang berjela. nasib baek Air Asia super pintar siap sedia dengan satu kaunter khas untuk kekapal yang nak terbang pagi-pagi buta macam aku buat keje gile ni! 

pukul 0700 pagi, supposed to be da rilek-rilek dalam flight. tapi aku still gelabah berkejar-kejar ke hangar. dari bangunan ke flight Miri macam tersisih hujung sekali. aku bertapak dari perlahan menjadi laju dan laju dengan perasaan takot kena tinggal. naya je, nanti kalo kena tinggal mesti aku kena balik office punye. bende pertama yang aku paling fobia bunyi gelak Ncik Caah dan Ncik Indra dengan bahasa anjing-anjingan ke atas aku nanti. aku taknak terhina. aduh!

padahal, pakcik-pakcik yang dah tiap bulan naek elok je jalan kedek-kedek sambil main tarik-tarik dengan anak masing-masing. bagi muke la kat aku sikit. kan first time!

dalam flight. ade pulak muka pramugara nak comel aje.... aduuuuh! perasaan dan suku kata macam Jupriadi yang tergoda dengan perempuan skirt pendek bangunan AHP, TTDI. aku saje la test market, yang tak berapa ni. muka yang tak hot disamping skip memakai cream muka adalah praktis yang tidak baik untuk perempuan. macam aku terkejar-kejar pagi tadi. aku tak berjaya dalam test-testing. tapi aku pandang beliau sepenuh hati waktu beliau tunjuk cara-cara nak pakai life jacket dah buat beliau kalut dah kot! keh keh. 

okey. aku habiskan cerita sampai pramugara cute dulu. Ncik Zailan dan Ncik Fakhrul bersama Jupriadi nak teman aku makan nasik lemak Miri. ape rase eh? 

kalau aku rajen jap lagi aku keluar lagi dua entri. ape kata kau??? adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.