Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 3 Disember 2011

kembar nuning bunting

hello semua, selamat sabtu,

okeh. hari ni aku taknak jawab soalan. aku malas. idea aku hari ni nak menulis sebuah filem pemedang unggul di kalangan cat's lover: Puss in Boots.

seriously, hati membuak-buak nak tengok cerita ni. memula aku ajak Puan Mak tapi tak menjadi. hari kedua pulak aku cuba pujuk-pujuk Encik L. tetap taknak pegi tengok. aku punye sedih. 

tapi ape aku kesah dengan beliau, aku finally ajak Kak Hawa dengan Cik Shida ke Wangsa Walk. tiga orang terkedek-kedek di petang Selasa nak tengok cerita ni. tinggal la Cikilalang kat umah. hihihi. 



tengok sekali imbas betapa machonye dengan topi macam gambar atas dah boleh buat aku gile bayang. emm, best oowh kalo ade kucing yang macam gini. compare dengan Cikilalang yang berfikiran sempit itu. 

bagi aku cerita ni sangat biasa. penceritaan berkenaan dengan persahabatan antara kucing (Puss) dengan telur (Humpty Dumpty) tu macam tak kena. aku sampai rasa annoying. adekah aku seorang yang berasa begitu? 

cerita ni lebih kepada macam mane si Humpty dan si Puss berusaha nak dapatkan magic bean. adaptasi dari cerita Jack and Bean la, lebih kurang. macam mane satu persahabatan itu bertukar menjadi dendam dan akhirnya persahabatan itu kembali dan konsep pengorbanan muncul. 

tu je, sesuai la untuk kanak-kanak riang. tapi tak berapa nak sesuai sangat. jawapan akhir aku, cerita ni biasa-biasa aje. yang menjadikan cerita ni kuat adalah aksi-aksi kucing menari dan berlawan. tu je...


ini adalah awek kepada Puss dalam cerita ni. ala sama macam konsep cerita-cerita James Bones yang awek yang hot adalah awek yang susah nak tackle. nama kucing ni ape ntah, Kitty tapi takde kuku. memula Boots ingat Kitty ni jantan sebab pakai topeng segala dengan aksi lincah bile berlawan. last-last bukak topeng, nampak betina da... terus jatuh hati. kisah cinta nak clincher. tapi boleh nak layan la, sebab cooomel kan!


ini adalah Puss yang tak minum arak tapi suke susu. susu sangat sedap sambil jilat-jilat dalam cawan. memula gaya masuk jalan da macho dah. tapi bile sampai mintak susu dengan nama Shake (Milk Shake) semua dah gelak kekek-kekek dah. hahahaha.

okey cat's lover. cerita ni biase saje. takya nak rush tengok okey. adey-chiau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.