Pengikut (Blogspot)

Selasa, 27 Disember 2011

kasut buat perangai

hai, hello semua, selamat malam...

sedih wey! kasut takde. boleh buat luahan perasaan dalam blog kan? bulan ni aku rase daif sangat-sangat. tak tahu la semua-semua mane duit aku pegi. padahal aku tak beli ape pun, geng!

lepas tu, semua kasut nak buat hal. aku ade purchase kasut Balalaca. jangan gelak jename kasut aku wey! itu je yang mampu pun sangat aku memerlukan flat shoes ke Menara Tima. aku sangat suke akan die. sebab flat shoes yang selesa untuk bawak ke sana sini. sampai Miri pun aku belasah jalan-jalan kat site.

Jenama murah syok untuk Flat Shoes!
mase tu pulak musim hujan, aku mengejar waktu naek flight; waktu tu tengah gile sebab mock-up aku untuk first day memang fail dan problem itu dan ini. nak balik pun tak senang hati. Si Blacky Balalaca aku basah kuyup. kebolehan span untuk kering memang langsung takkan terjadi dalam masa 2 jam ditambah pula dengan suasana dingin menguasai ruang udara kapal terbang. aku pasrah menyarung kasut lembab-lembab arnab (tak tahu mane muncul) sepanjang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ade aku kesah kalau pramugara nak panggil aku busuk. ade diorang tahu, aku kene sedikit renjatan elektrik mase testing mesin tadi tak? kata aku dalam hati. hati je yang boleh mendengar luahan aku pun. hehe!

mase dah sampai LCCT, seterusnya sampai ke rumah Puan Along. aku drop by. alasan tak tahan nak berak. serius ini macha! aku memang sangat tak tahan. Puan Along pulak gaye nak santai bukak pintu. sampai je depan pintu, kasut dengan kaki dah macam gam. lekat, susah nak tanggal. ape lagi, kaki aku pun mengganas la. menggunakan tenaga sepakan ala Luffy menghayun kaki ke atas dengan harapan kasut akan tertanggal dengan selamat. malang akhirnya menimpa bila kasut aku tertanggal dengan tapak dalam tercabut sekali menampakkan tetulang yang menjadi bahan sokongan utama kasut. hampeh! kata aku dengan kuat lalu ke toilet. 

kesimpulan : aku tak boleh guna dah kasut jahanam tu. cilake! ingat aku banyak duit ke nak beli kasut baru. 

Si Putih Dr Cardin pulak, tercabut tapak bawah die separuh mase hari Ahad lepas waktu aku nak budget hot berjalan-jalan di Pavilion bersama dengan nakama-nakama aku. akhirnya, Si Putih yang harga mahal tak guna tu tinggal di dalam kereta milik Cik Waniey dan dengan rela hati ikot Cik Waniey balik Balakong. tinggallah kakiku sepi kesunyian. hanya Crocs Tipu, hadiah hari jadi Puan Mak peneman di kala luka lara ni. 

Pinjam Kasut Cik Waniey - 25/12/11
tadi aku pegi JKR Mid Valley dengan ber-slipa jamban kawan-kawan sekalian. aku malu. serius malu bile orang tanya nanti jawatan aku ape. ape aku nak jawab??

aku skang mengidam boot ala-ala korea ni!
smart kan? nak beli? kene pegi Pavi balik. sebab situ je sale murah. jenama Forever 21 yang aku sarung ni. kalau pegi site gune boot, rase koboi pulak kan?? 

okey. mari tutup cerita pasal kasut. Ncik Indra yang merisaukan meeting. adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.