Pengikut (Blogspot)

Selasa, 27 Disember 2011

Holmes si genius yang gila

hello semua, selamat petang lagi...

menunggu report dan ingin membuat pembersihan meja setelah dua tiga bulan tidak diselenggara. selenggara dah macam kerja dekat Miri. baikpulih struktur dan selenggara semua duduk bawah satu bumbung kalo aku berjaya masuk ke JKR. mampu ke? hehehek. 

bercerite mengenai wayang yang seronok. eeei tak sabarnye, ibarat Ncik Arab traffic light yang budget Awie bersama dengan motor Harley Davidson yang disarankan matikan enjin setiap kali berhenti di traffic light. bale! bunyi nak bagi semua orang tau beliau bawak motor. zuhud dah ler. kata-kata dengki aku bersama Ncik Caah merempuh jammed dari Bangsar ke Jalan Ipoh. 

Sherlock Holmes. penyiasat yang memang terkenal. Cik Shida siap beli buku edisi Bahasa Melayu yang ade 4 versi korang kena khatam habis. ade ke orang gile menyiasat dan bijak teknik penyamaran macam beliau ni eh?

Best Friend Forever 
ok. mati idea jap. setelah mendapat mesej berbaur kecuakan dari Ncik Bos Botak mengenai report Miri yang masih ade di Miri. masih belum diterbangkan oleh Ncik Fakhrul melalui pesawat maya yang memerlukan satu klik untuk berlepas, lebih laju dari kelajuan Air Asia X ke Taiwan. boleh nak compare ke? aissh!

aku nak komen pasal cerita dekat atas ni. cerita mengenai menyiasat bersama sahabat baik anda. korang bayangkan ok. selalunya best friend tu menjadi best bile kawan yang korang ade tu berlainan dengan sifat korang. kan kan kan? muncul sifat saling melengkapi kat situ. 

same jugak la ape yang ditonjolkan dalam cerita ni. Holmes berkawan baik dengan Doctor Watson yang memang same macam movie sebelum ni. tapi kali ni diorang berdua selesaikan kes pasal ape ntah, ade kene mengena dengan Prof Marioty: insan terpandai di London yang menyalahgunakan kepandaian untuk membunuh dan mengawal senjata di Jerman. 

rationality cerita ni membawa kepada perbincangan para menteri orang-orang putih mengenai teknologi senjata yang maju di Jerman yang dijalankan di Switzerland. 

dalam cerita ni, mestilah Holmes itu seorang yang bijak sehingga aku jatuh cinta. yang kesiannye, Holmes ni gila. favorite drink Ncik Holmes adalah formaldehyde a.k.a racun tikus. sekian. tahan korang nak beli setiap hari kalo Holmes ni laki korang. aaaieh. rela lagi aku sediakan Nescefe Ais macam minuman kegemaran Encik L. huk.huk.huk. tiba-tiba kan?

setelah merasai ending Sherlock Holmes yang dirasakan BODOH dan seronok. maksud aku ending ni superb walau aku diperbodohkan, aku sarankan korang pegi tengok bagi menjana minda kite semua. 

okey. mahu semak report Ncik Fakhrul. kalo aku sangat rajin. tunggu satu lagi entri. berkaitan dengan aktiviti nakama-kian pula ye. adey-chiau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.