Pengikut (Blogspot)

Selasa, 6 Disember 2011

Day 29 : Something you could never get tired of doing

hello semua, selamat petang...

untuk hari ni. aku memang tak penat langsung nak tulis blog. common babeh ~! aku memang semangat sangat-sangat-sangat ni. disebabkan aku mengadu aku takde keje dengan Project Coordinator, Ncik Indra sebentar tadi. dan dan bagi kije! aieh, menyesal ku akui la pulak 

tadi mase aku on-call dengan Encik L, aku terpandang soalan ni. so, aku tanye la kan. ape yang aku paling tak penat buat. kalo cakap omputih dengan beliau jap g, kene juge translate dalam bahasa Melayu. sia-sia ko Jah!

dengan sepantas nada suara bergema, terus je Encik L memberi komen bahawasanya, aku a.k.a Mastura bt Borhan paling tak penat bergayut atau bercakap atau membebel. betul Jah, itu makan die kat sini.

aku ape lagi, agak berang dengan kata-kata itu. terus je Encik L deny dengan 'takdela, abang lagi suka bergayut' dengan nada perli. siot betul! tapi aku terima.

mase mula-mula tadi aku ingat nak tulis yang aku tak penat langsung kalo pegi karaoke. tapi sekarang ni, aku dah boleh conclude yang aku memang tak penat langsung menggunakan MULUT aku setiap saat aku berjaga dalam kehidupan ini. 

kalau aku ade 4 mulut suke bebel, ape jadi??
lagi ligat aku bercakap kalo ade empat mulut kot. aku sekarang ni pun kalo tak boleh bercakap realiti. aku akan bercakap secara maya dalam face-book, chat-room dan menulis (bercakap dalam hati). 

kalau semua orang takde kat rumah, jaringan internet pulak takde. aku akan call sesiape saje untuk borak-borak. emm, sape saje. hope kalau ade guys yang aku selalu call tu jangan salah sangka pulak aku ade sedetik perasaan lebih. aku just tak suke diam aje. hehehe!

bagi aku kan, kalau tak dapat bercakap tu macam sakit. tapi aku boleh je pegi library. masuk bilik kedap la tapi. aku lupe nama bilik sorang-sorang mase kat UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dulu. ape eh? aku memang tahap minah-minah Arab la suke study or bace buku dalam tu. sebab boleh bace buku kuat-kuat. hahaha. 

kalo Encik L ajak teman memancing ~ berdua je. aku cukup la resah. dah la sunyi sepi tepi kolam tu. lepas tu pulak, Encik L yang fokus pada pemancingan beliau diam seribu bahasa. setiap soalan aku, jawab macam tak jawab. paling kuat pun cakap okey je. emm, selama 10 minit aku dah cakap aku nak balik dah. resah-resah. 

aku suke membaca sebab membaca pun macam menggunakan perkataan secara senyap. kire aku sedang bercakap dengan minda sendiri. tu baru aku buat aku tak penat dan bosan. 

aku suke menyanyi termasuk karaoke. dalam kereta kalau sepanjang perjalanan ade lagu yang aku boleh layan testing suara macam Ziana Zain ke tidak. aku rela drive slow-slow beb! aku paling gembira bila waktu weekdays 0200 pm sampai 0600 pm: Just K Karaoke Brem Mall buat harga murah-murah. sikit pun tak gentar duduk 3 jam dalam tu oouh!

dan aku nak conclude. orang yang suke guna mulut ni tak suke duduk diam. nanti beliau mati kutu. sampai sini dulu cerita. soalan terakhir please ~~! adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.