Pengikut (Blogspot)

Selasa, 6 Disember 2011

Day 27 : What kind of person attracts you

hello semua, selamat tengah hari...

hari ni aku macam free sangat-sangat. aku boleh main Money Drop yang dipengaruhi oleh Ncik Caah. esok nak cuti tapi tak dapat. tapi Ncik Bos takde. rumor yang sangat best untuk didengar. yeeeha!

sambung soalan yang ke-27. susahla bagi aku soalan ni. aku cuba menulis macam-macam. finally, aku dapat jadikan ini sebagai aku punya jawapan akhir. fiuh. macam jawab exam pulok kan?

orang yang menarik minat aku setiap bulan ialah penulis. they attract me so well dalam menghasilkan karya-karya yang boleh membuatkan diri ini tidak bosan menjalani hari-hari yang akan datang. 

buat masa sekarang ni, aku sangat die hard fan dengan seorang penulis bernama Muhamad Alaxender. yang terkenal dengan gelaran Bestseller 2009 untuk buku Yakjuj dan Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung. kemudian beliau dengan ketelitian kajian beliau menghasilkan buku Armgerdon 2012: Bencana Akhir Zaman. sebelum daripada tu beliau pernah menulis Alaxender adalah Zulkarnain yang kini juga makin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam Malaysia yang mendambakan pengetahuan berdasarkan Al-Quran yang boleh dibuktikan dengan kesan sejarah, sains dan pemerhatian sekeliling.

Wisnu Sasongko @ Muhamad Alaxender

serba sedikit aku kenalkan, Muhamad Alexander berasal dari Bandung, Indonesia. seorang pensyarah pada khasnya mengajar di Universiti Briwijaya. insan yang lahir pada April 1972 ini sedang meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran (Phd) dalam bidang Urban Housing. pelik kan?

bagi aku beliau seorang yang sangat kreatif dan fleksible. beliau berjaya menggabungkan Al-Quran dan fakta yang relevan untuk panduan pemahaman kita sebagai manusia yang tidak fasih berbahasa Arab ini. beliau seorang pengkaji yang baik. sangat berilmu untuk membaca sekalian karya-karya beliau. seperti manusia biasa yang ada kekurangan, tapi beliau tetap berusaha mengupas isu-isu yang berat berkenaan dengan akhir zaman. 

okey, takde banyak info mengenai beliau. yang pasti, aku akan jadikan beliau sumber inspirasi untuk memahami keadaan akhir zaman. dan yang terbaru dan baru aku tahu Yakjuj Makjuj keluar siri nombor dua bertajuk Yakjuj Makjuj : 5 Gelombang Pembawa Bencana dah keluar bulan April. aku baru tau. aku ketinggalan. 

ni yang nak pegi Popular ni. esok nak buat ape eh?? bosan la. adey-chiau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.