Pengikut (Blogspot)

Rabu, 7 Disember 2011

blog-walker

hello semua, selamat petang...

sangat bosan. betul hari ni sangat bosan. takde benda mencabar yang menerajui minda aku hari ni. aku nak pegi berjalan pun tak tau nak pegi mane kan! 

so keje aku hari ni. amek pelan rumah Ncik Ayah dekat Arkitek Minyak Masak sambil lunch sama-sama dekat McDonald kegemaran aku dekat tepi highway MRR2 area Kepong nun. aku makan Prosperity Beef. perlu ke aku cerita benda ni? hahaha

balik office dalam pukul 0200 petang macam tu. Kak Hawa ade kat kedai. bincang senarai barang nak naek kontena untuk next trip. adelah dalam 10 minit bincang. dapat conclusion terus borak-borak pasal blog yang tak menarik. 

in reality, aku memang suke judge blog orang lain. walaupun blog aku ke laut. blog perlu ade isi membina. aku cadang pada Kak Hawa. blog aku ade ke? hampeh! blog perlu ada bahasa kesusteraan dan penggunaan ayat yang baik. blog aku ade ke? mimpi!

lepas bosan memberi komen yang tak langsung boleh membina apa saje even footing sejengkal. aku naek atas. aku sambung pulak bace blog budak-budak sekolah baru nak naek. perasaan aku dah makin hampas hampagas dah ni. blogger remaja suka mencarut. suka rasa orang lain budget hot tapi sebenarnya diri sendiri tu yang budget hot sakan lagi. lepas tu, rase orang lain-lain sekeliling nak carik gaduh. die ingat die siape? guling-guling aku baca karya-karya tak matang macam tu. nanti bile dah beso, mesti diorang malu bile bace balik kot.... hahahaha. 

aku tak faham. mase aku zaman form 3 dulu, aku pun sekolah jugak. mungkin aku NERD. aku suke bace buku, aku suke blaja walau aku sangat lembab memahami. aku pakai tudung, anak die ke depan. aku selebet bile time rehat je tudung aku dah senget. aku selekeh dalam penampilan. dah la gigi depan aku patah. tu menambah lagi ke-loser-an yang ade dalam diri aku. ade pakwe? mane mungkin. secret admire pun aku susah nak dapat. kalau misalnye aku ade time tu, tolong jangan mengaku. aku sendiri malu dengan diri sendiri kalo aku ade secret admire time tu! hahaha

aku jugak tak suke nak exposed diri. tak pandai nak exposed pun. entah kenapa. aku tak boleh berada di khalayak umum. confidence level aku down to zero beb. ingat jugak time tu, aku seorang yang kuno. tak suka pada perubahan. membawa kepada sikap paranoid yang tinggi. syukur Allah SWT, memperkenalkan sahabat-sahabat yang berjaya memberi perubahan yang agak drastik untuk aku. 

sebab tu aku tak pandai nak sound orang pun. macam blogger remaja suka buat sekarang. bagi aku semua orang kawan. kalau tak suke, jangan kawan dengan orang tu lagi. buat senyap dah la. sebab aku NERD mungkin. takde sape yang carik pasal ngan aku pun. keselekehan aku membantu untuk tiada siapa untuk kawan dengan aku. dah tu, aku kurang musuh la kan.

tak pasal pulak aku cerita zaman remaja aku yang super bosan dalam ni. entahla. remaja sekarang. tu je aku mampu geleng-geleng. 

habis je aku bace blog yang memang merunsingkan itu. tapi teruskan membaca sampai back-dated entry. Kak Hawa panggil aku turun. bersama-sama dengan kucing kesayangan yang buat aku gila bayang yang dah siap tunggu kat bawah tu untuk membaham KFC. supplier letrik tu buat-buat cuci dosa beli. nak tebus dosa mark up la tu. fikir aku dalam hati. keh keh keh. 

makan dah. borak dah. mengular dah. finally, aku naek semula kat atas. duduk rilek-rilek baca blog. konon-konon nak menyampuk ade seorang blogger suruh masuk pertandingan menulis esei kurang dari 300 patah perkataan. terus idea lumpuh dan kelu. nak ikot idea Ncik Caah macam menarik. tapi bile masuk part nak mengolah tu jadi tersasar la pulak. 

nak tak nak. aku jadi la blog-walker sekarang ni. aku tengah layan satu blog yang informasi macam blog ni nasihangit.blogspot.com. bolehla buat aku sampai pedih mata online dan terus balik lepas ni.

aku mencari idea nak menulis. menunggu panggilan dari Encik L yang sibuk memanjat menara tinggi macam 45 kaki hari ni. ntah-ntah belum turun lagi. risau pun ade jugak. beliau dah sound aku, jangan call atau ape mase panjat menara. aku call jugak tadi. janganlah jadi ape-ape.

aieh. ni dah jadi medium luah perasaan ni. mari balik! jalan-jalan di Selayang Mall pun ade baek juge. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.