Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 23 Disember 2011

azam 2 : taknak bertangguh!

hello semua, selamat malam...

malam ni sunyi. tanpa bintang. tanpa bulan. hahaha! tetibe aku fikir aku nak bersajak. mane la nak ade bintang bulan segale bagai oooi. kan musim hujan ni!

setelah memuntahkan segala angin dan makanan petang tadi. keadaan pening kepala aku beransur pulih. aku tak tau macam mane nak ubat masalah angin yang senang masuk dalam perut dan anggota badan aku ni. kalau aku pegi klinik mesti doktor bagi ubat saraf; yang belum tentu mujarabnya. 

aku masih berfikir dengan azam tahun baru aku yang seterusnya. tahun depan, hidup aku dipenuhi dengan impian dan cita-cita. aku harap aku bersedia menghadapi segala rintangan yang mendatang. kata orang, disebalik kejayaan seorang perempuan, ade seorang lelaki dibelakangnya. macam tu jugak sebaliknya.

boleh percaye ke kata-kata ni. bentak aku dalam hati sendiri. bile Encik L keluarkan kata-kata tu. nak suruh aku touching habes bile beliau mengaku yang aku sumber inspirasi kejayaan beliau. berjaya ke? congak aku dalam hati lagi. belum berjaya, balas bisik hati yang berbaju putih. memberi ruang positif berlegar-legar dalam minda untuk sama-sama berjaya. 

kadang hati baek tapi penuh perlakuan jahat

impian. macam-macam pun boleh kite semat jadikan satu impian. rasional tak rasional belakang crite macha. yang penting adanye aim nak teruskan hidup. pandai sungguh aku melancarkan kata-kata berkenaan impian. walhal, impian sendiri jarang terlaksana. 

untuk mencapai satu impian yang mutlak dan sahih. sebagai manusia biasa, aku masih lagi kekurangan dari segi pengurusan waktu dan etika diri. 

macam sekarang ni kan der. aku selalu bangun lambat. yela, rumah dengan office sebelah menyebelah. tu kesempatan untuk aku untuk bangun lambat. alasan aku kalo admin marah; idea ni yang terkeluar di mulut aku 'alah, sesejak 12 malam semalam aku dah ade kat office' 

memang la logik alasan ni der. tapi dari segi produktiviti dan kesungguhan sepertinya menjunam diri menggunakan alatan bungee. konsep last minute dan berani mati selalu diamalkan dalam kerja-kerja submission. nanti mula aku bagi alasan tak sempat bagai-bagai.

so, bagi menjamin mutu kerja yang produktif pada tahun depan. aku sangat berharap yang aku tak-kan bertangguh kerja banyak-banyak dan akan sentiasa meneliti jadual waktu kerja dan keperluan kerja bagi menjamin kualiti yang baik untuk diri aku. seterusnya jaminan ni akan membawa kepada kelancaran projek bersamaan dengan kebahagiaan hidup berpasangan. amin. minta Allah SWT perkenankan. 

okey. habis mencarut seisi dua. menjelang ke tahun baru ni. aku nak tulis entri pasal azam aku je semua. jangan marah ye kawan-kawan. adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.