Pengikut (Blogspot)

Selasa, 1 November 2011

Day 5 : What makes you different with anyone else

hello semua, selamat petang...

okey. dah santai. mase untuk tulis-tulis dalam komputer. kalau tadi satu hari aku berjalan-jalan dengan kerja-kerja nak bagi barang Miri naek kapal. susah oouh prosedur die. aku first forward barang ke over the sea ni. tak tau la pulak keje-keje serumit ni. tapi settle separuh. nafas lega-kelegaan dapat ditarik keterikan. 

keterikan, macam pernah aku belajar. tapi abaikan saje. 

soalan hari ni. lame pulak aku fikir. ape yang buat aku different dengan orang lain. wah? kalo aku lain dari orang lain semestinye aku  alien. tak pun aku ni RANGO! wahahahahaha.

Tangan tiru gaya kaktus dah cukup pelik dah! hahaha
okey. bagi insan sekeliling. aku ialah pelik. tapi aku sendiri tak rase aku pelik pun. perkataan pelik tu mungkin sesuai nak cakap yang aku ni perempuan. tapi tak la perempuan sangat kan. 

aku bagi satu situasi la eh.

malam nak raya hari tu, Encik L datang. beliau nak date dengan aku la konon-nye. tapi gerak dari Tanjung Karang pukul 0600 petang dah gile dah. lepas tu nak singgah OU hantar kawan pegi shopping. tu pun tambah gile pegi OU malam-malam raye yang jammed giler.

lepas buka hantar masej. alah lelaki, nak bagi alasan me-macam la. aku bukan-lah perempuan yang setia sangat suka. nak menunggu. ingat ni zaman 80-an ke dating nak main tunggu-tunggu? aku pegi Selayang Mall. emm, shopping baju aku. lagi menarik dari duduk tercanguk kat rumah. 

Encik L call cakap lambat, sesat. suruh aku tunjuk jalan. lepas tu salah tunjuk jalan pulak. tambah bala. beliau da start marah-marah. aku cakap senang : Abang tak payah datang! sikit pun tak mengalah.

somehow, aku bercinta dengan orang tua yang matang. beliau datang jugak. nak tak nak, kena jugak la date malam tu. rase menyampah ni dah merebak-rebak dalam hati. singgah drive thru; beli Grilled Chicken Burger. makan tepi highway. tak sampai 10 minit makan, terus kawan-kawan Encik L yang menjadikan Encik L sebagai driver tu call nak balik. aku betul-betul vomit la time tu. tercabar betul!

bergaduh itu dan ini. dan balik. dengan perasaan marah menebal dalam hati kedua-dua manusia itu. Encik L pulak budget aku nak naek rumah nanges-nanges la. layan perasaan.

kah kah kah. Encik L seorang yang silap. boleh tahan besar jugak silap beliau.

malam tu, aku, Cik Shida dengan Cik Hawa lepak-lepak di mamak Al-Safir bersama dengan Ncik Oli, Ncik Ca-ah dengan Adik Hatta. rilek cerita pasal bola, zaman dulu-dulu dan borak-borak beberapa jam.

tepat jam 12 malam, beliau call. niat nak pujuk aku yang mata membengkak la konon-nye. ahahahahaaha.

aku kat mamak lepak. sikit luka pun takde kat hati aku. puas jugak hati aku kenakan Encik L macam tu.

so, aku conclude cerita aku. aku ni dalam cinta sangat pelik. aku bukan perempuan yang mudah diajar tentang cinta. aku tak berapa faham nak jadi perempuan lembut tapi tegas. tu pasal jadi macam ni. 

sebabkan sikap keterbukaan dan super tak kisah. aku dapat point yang aku pelik dalam cinta. 

sekian saje cerita pasal pelik hari ni. mencabar sungguh soalan sampai aku kena keluar cerita pasal ni. sampai sini dulu. adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.