Pengikut (Blogspot)

Rabu, 23 November 2011

Day 23 - 15 facts about you

heloo semua, selamat petang...

hampir setiap hari aku cuba singgah di blog. nak bercerita macam aku selalu. however, ini zaman kegelapan pada jenis penulisan. tapi zaman kegemilangan pada skuad Harimau Muda yang baru menjulang nama dalam Sukan SEA baru-baru ni. yup, tahniah! usaha untuk masuk world-cup tu pasti akan totally buat segala rakyat bangga. ye dok? 

aku nak menulis fakta pasal diri aku. tapi aku agak risau. sebab ni cerita bosan. bagi aku ber-fakta bermaksud menjadikan satu-satu perkara itu tepat dan boleh dibukukan. adekah sikap yo-yo aku ni mampu menjadi buku atau idol pada mereka yang lain. 

kesudahannye. aku gagal mencari fakta tentang diri aku. haha! jauh benar aku berfikir nak menjawab soalan ni. padahal soalan suka-suka je pun. kan? 

15 perkara berkenaan aku. aku try specific. bab life-style yang menjurus kepada naik turun kadar kewangan aku. bile dah nak masuk setahun setengah keje. aku faham yang kerja itu tetap nampak hebat compare dengan belajar. duduk dalam industri adalah lebih macho dan sasa dari duduk dalam institusi. oh, kata-kata kosong je. 

mari berfakta yuk ~!
  • aku suka pada hiburan menjurus pada nyanyian. favorite place kalo sedang tension dan meraikan sesuatu keje yang selesai aku akan ke pusat hiburan keluarga murahan. dapat jerit lagu Madah Berhelah ala Ziana Zain yang gemuk pendek dah puas hati dah. yeeeha!
  • aku tak sabo menanti wayang spesis Belang tuh. tapi aku bukan pandai sangat tengok wayang pun. jarang-jarang. aku suka beli Pop Corn wayang yang besar sebab rasa karamel yang lain dari pasar malam. jangan berlagak la Mastura, kalo lapo ko makan jugak edisi pasar malam yang masuk angin tu kan? slumber jeerp!
  • sebut pasal bowling. memang tak reti main. betapa terrer pun semua orang cuba jadi chegu aku di pentas bowling itu. hasilnye tetap longkang ~! hahahaha. sesiape yang tak berapa nak pro. sile set date utk fight dengan saye. hehe!
  • kalo pegi shopping. aku suke-suke je nak pegi bile. sedar-sedar duit dah habis. hahaha. sifat perempuan yang nyata!
  • aku suke shopping baju yang murah-murah. macam kat Karnival Thai, down-town. aku rase baju tu akan jadi paling smart kalau ber-kolar dan berkain jenis poly-sintetik. pemikiran kuno aku ni kan?? hehehe.
  • kalau cerita pasal seluar jeans, aku paling suka jenama Lois ~ Sepanyol mari. yelah Ncik Ayah yang ajar aku pakai. walaupun Levis maseh glemer dalam pasaran. namun begitu, badan yang agak kurang montel dan pinggang yang agak ramping tiruan membolehkan aku memilih jenama ini sebagai cutting unggul untuk bentuk badan aku. ooops ~! aku sendiri tak kesah bile kengkawan panggil jeans aku jenama pakcik-pakcik. what to do!
Fanatik takde tempat-nyiee ~!
  • kalo nak beli tudung dengan kain lepas area KL pegi je jalan TAR. serius sangat heaven compare dengan tempat-tempat lain. lepas tu, boleh singgah Kedai Muaz Collection, nak dapat tudung syira yang harga RM2.80 sehelai. ade tempat lain boleh challenge? 
  • Puan Mak bagi tau kalau nak beli kain lepas yang corang jalur-jalur, pokko dot segala bagai beli kat Sabak Bernam murah... tapi Encik L tak pena nak kabo pun?? ish!
  • kalau nak beli kerongsang area KL, boleh singgah dekat Danau Kota. paling best sebab kerongsang janggut sekeping baru RM2.00. compare dengan tempat lain jual 3 keping RM 10.00. tapi aku sendiri tak penah beli kat situ lagi. hahaha, ape da???

Hasil rasa sawan di Karnival Usahawan Muda (KUD), Putrajaya
  • kalau nak beli kasut yang ber-fesyen dan banyak pilihan; mungkin boleh singgah Mid Valley. aku pun dah tak pernah pegi Mid Valley this year. aku nak senang beli kasut kat Sogo jer.
  • Sogo aku ibaratkan kedai serbaneka yang berjaya dari makanan, pakaian, alatan rumah, hiasan dalaman, elektrik dan alat tulis semua dah ade dalam ni. nasib baik tak bukak kedai buku dalam tu. kalau tak, kalah la Minerva kan...! aku suke. semua aku nak ade dalam satu kedai. tak payah nak tengok kedai-kedai lain dah ~~!
  • sebut pasal Minerva kan, aku dah lame tak beli buku cerita baru. sob-sob-son sedey ~! padahal aku baru sebulan je ta beli. sebab budget tarra cukup la macha. hek hek hek.
  • sebab buku ade harga siling tersendiri untuk penulis, so kat mane-mane same je la harga dan diskaun yang pekedai boleh bagi kan. yang best pegi Brem Mall, ade jualan lambak depan Giant tu memang buku-buku ilmiah extra diskaun 10% dari biase. sampai skang aku tgok kedai tu ade lagi. 

Tema nak kena je dengan aku. meny-ampah berul-berul
  • ni kedai serbaneka kegemaran aku kat area Selayang ni. korang jangan terkejut kalo aku keluar dari kedai ni kan, habis dalam RM50.00 dalam satu-satu masa. ape yang ade dekat kedai 99 kali kelajuan membeli ini? well, ade makanan belang (for sure dah habis RM20.00), ade air Pokka perisa teh bunga yang hebat, ade roti bun perisa kelapa yang pelik, ade kaler pensel jenama Swan dan macam-macam lagi benda yang boleh beli time tekanan melanda. yeah ~!
  • aku ingin berfakta bahawa aku sudah penat menaip. fakta yang benar-benar sahih, soalan ini sungguh bosan buat aku. 
sampai sini. adey-chiau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.