Pengikut (Blogspot)

Rabu, 5 Oktober 2011

segugus kunci itu bala

hello semua, selamat malam...

malam yang santai untuk aku menulis blog. aku skang ni ade lagi kat office. minum secawan nescefe'. conform aku tak tido malam ni. aku copy-copy segala barang untuk menjadi pekerja cemerlang di hostel. memang tak boleh jadi buat kerja kat office ni. mengadap blog dan internet 24 jam. 

okey, aku nak tanye korang semua. korang ada tak benda yang korang selalu miss-placed ataupun yang mudah korang lupa korang tinggalkan dekat mane? aku ade syeh... disebabkan benda ni aku rasa aku loser dan bukan seorang engineer bile fikir-fikir balik. adeyh ~!

kunci. aku benci betul dengan natang bangang ni. menyusahkan aku bukan setakat 24 jam malah seumur hidup. aku paling tak reti jaga barang yang kalau kite kumpul banyak-banyak sekali orang Melayu akan jodohkan bilangan kunci sebagai gugus. segugus kunci. sugus lagi sedap la bro ~!

Kalau kunci macam sugus dah lama aku kunyah lumat-lumat

semalam masa Encik L hantar aku balik. aku sibuk carik dalam seluar. mane kunci aku. siap tanya beliau ade amek ke tak. dah carik betul-betul kat tempat ke belum. siap terasa macam kunci tu tercicir kat karaoke Brem Mall lagi. 

aku jugak suspect yang kunci aku tinggal kat office sebab aku semalam tak drive pegi memane pun. balik je rumah, Jejaka Perasaan ajak farewell aku pun layan je ler. sebab bukan pakai kereta aku, aku tak fikir ape dah pasal kunci. 

Encik L memang cukup berangin dengan perangai aku yang ni. kunci letak merata. siap suruh aku jadi anjing lagi. sangkut kunci kat leher. tak mboh aku! lama giler beliau membebel pasal kepentingan kunci kat aku semalam der. sampai aku tetido. tu pun sebab tambah dengan minyak api tak lambai beliau waktu beliau nak bla hantar aku. beliau ingat aku merajuk sebab beliau dah nak balik. tapi beliau silap. aku lagi risaukan keadaan kunci kereta aku yang miss-placed entah mane. 

Aku tak se-macho ni, nak ade tali kat leher. chet!
banyak kali dah kes pasal kunci. hari tu kunci hostel aku hilang depan beliau. hari ni kunci kereta pulak. memang aku carik nahas je semalam. sampai hari ni Encik L tanya aku dah beli tak sangkut kunci yang sangkut kat pinggang tu. aaaargh ~! tak style la nak sangkut dekat situ.... 

Kalau macam ni style, aku fikir-fikirkan!
pagi ni mase masuk office, kabut-kabut aku pegi kat meja aku. nasib baik kunci ade atas tu. aku dah buat plan nak curik lari kunci spare kat rumah Puan Mak (amek sorok-sorok) mase Puan Mak takde rumah tadi. wahaha. alhamdulillah. syukur pada Allah. kunci ada atas meja aku dengan selamat dan comelnya.

tu habis cerita pasal kelibutnya aku carik kunci kereta semalam. bagi aku hilang kunci rumah, hostel, bilik dan bla bla bla kediaman dah biase dah. ni lah kisah-nya bermula macam mane Cik-Cik Nakama panggil aku Puteri Raja. 

okey; story started masa aku Tahun Tiga kat UTM. mase tu aku hilang main key bilik aku. main key mean, keys provide with logo kolej, nombor bilik dan lain-lain yang merasmikan kunci tersebut sebagai kunci hostel. bagi aku yang excellent bab-bab kunci dan spare punya kelengkapan ialah Cik Waniey. memang dilahirkan sebagai jurutera betullah sebab ade alternatif nak duplicate main key. simpan  main key baik-baik. so bile habis tahun pulangkan aje pada pejabat kolej. clap clap clap, kamu super pintar. ** pujian dengan harapan dapat makan Nasi Arab hujung bulan ni. yeeheee ~!

masa tu, dengan perasaan cuai dan sedikit kurang pandai dalam trick seperti itu. aku telah kehilangan kunci bilik aku. Cik Fariza yang berlagak seperti akauntan kepada Nakama dah bising sebab aku kena bayar RM25 semata sebatang kunci yang kalau buat spare baru RM2.50 satu. sepuluh kali ganda untung pejabat kolej aku. dasar penindas! marah aku dalam hati. 

lepas tu, Cik Waniey bukak cerita. ni bukan first time aku hilang kunci. boleh kata tiap tahun aku akan sedekah duit kat kolej RM25.00; sekali dua sebab hilang kunci. 

dengan perasaan yang tak tahu nak cakap ape lagi, Cik Fariza keluar statement 'ko ni Puteri Raja ke Mas, sampai tak tau cara nak sedekah amal jariah kat kolej sampai buat-buat hilang kunci' 

teet ~! tu pasal kalau sebut je sape puteri dalam nakama's discussion; tu merujuk aku la tu. walaupun asal usul panggilan puteri untuk nakama tu nampak macam aku loser. tapi jadi Puteri Raja kan.... sape yang tak nak. sauk je la.

sampai sini cerita aku pasal kunci. nak balik rumah dan mandi-mandi. adey-chiau

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.