Pengikut (Blogspot)

Selasa, 4 Oktober 2011

potong kuih-nya Nur Faizah Mohd Syah


hello semua, selamat malam...

masih bertapa di office tanpa berbuat apa-apa berkaitan kerja. Encik L bagitau yang beliau nak munculkan diri. tapi entah bile nak nampak batang hidung. sabo je lah. sementara menanti kehadiran beliau, ape kata aku letak gambar anak cucu sulung Puan Norizan Abdul Jalil yang jadi penghibur hati lara keseluruhan ahli keluarga Borhan bin Lembang khasnya. 

Nur Faizah Mohd Syah
ini budak comot comel yang semakin membesar dengan otak suka susun-susun. itu memang ikot perangai ibunya a.k.a Puan Along. nak harapkan aku suka susun-susun barang. jauh panggang dari api. hek hek hek. kalau dua tahun lepas, kitorang tak letak air oren dalam botol susu si cilik ni, sekarang dah ade berani. dah besar anak Mak Su. alalala ~~~!

masa Nur Faizah ni belum keluar dari perut, Puan Along selalu suruh aku suggest nama anak beliau. bila scan kali pertama dah nampak macam lelaki sibuk-sibuk Puan Along nak namakan beliau ni Mohd Faiz sempena nama askar yang tak dapat naek angkasa lepas tu. tapi bila scan kali kedua pulak; nampak la si beliau ni perempuan. Puan Along terus switch nama Faiz jadi Faizah. 

but still aku sebagai Mak Su Hot mengada-ngada that time, aku nak namakan beliau Nur Faizatul Arora. hak hak hak. bagi aku Aurora tu seorang unik. kan kan kan. disebabkan nama pelik dan bukan berasal dari Bahasa Arab. so, automatically takde la nama Aurora dalam nama si cilik ni. no hal pun. kalo anak aku nanti kemungkinan ade nama-nama pelik aku akan cari... acheh-lamak!

tanggal 29-09-09 yang lepas, Nur Faizah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya dengan ukuran sepanjang pembaris panjang 30 cm tu. aku agak je ni. wahahaha ~! aku sewaktu itu di UTM tak dapat merasai suasananya. yang aku tau Puan Along balut beliau dengan kain bengkung kepala kucing yang aku beli. tu dah cukup puas hati dah. huhu!

Malu-malu Belang
masa gambar ni, semua orang keliling dok nyanyi lagu happy birthday untuk beliau. alahai, walaupun brutal tapi memalu jugak anak dara Puan Along ni. cumel pulak rasa. semoga panjang umur dan murah rejeki buat Fai-jah ~~~!

last year, aku tak dapat sambut birthday girl ni sebab kena buli baru masuk keje Teamcoat. aku balik Bangi pun dah pukul 0900 malam. Puan Mak buat muka dah mase tu. semua orang dah sibuk kemas-kemas barangan party. sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa ngan orang yang buat aku tak dapat sambut birthday Faizah ni. aaish ~! tanak taip pasal ni lagi. geraaam !!

Pandai sangat la potong tu?



okey, ni gambar yang terakhir untuk semua. saje nak bagi tatapan kakanda-kakanda lalanda semua. happy birthday Nur Faizah yang ke-2 tahun. cepat-cepat pandai masak. nanti tak payah Mak Su susah lagi. aik? ape kene mengene?? 

okeyla mahu berangkat pulang ke hostel. Encik L macam lambat je lagi. adey-chiau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.