Pengikut (Blogspot)

Rabu, 5 Oktober 2011

mungkin cinta itu gila

hello semua, selamat petang...

semalam mungkin aku lebih mengenali Encik L. perkataan dimulai dengan mungkin; boleh jadi ya atau tak. aku sendiri yang tentukan semuanya. mungkin jugak perasaan sayang aku menebal masa ni. mungkin jugak perasaan ni sementara. semuanya mungkin. sebab takde sape yang dapat meramal masa depan sendiri. 

perenggan kemungkinan adalah untuk perhatian aku dan generasi akan datang. mungkin susur galur aku lepas ni adalah perkongsian dengan Encik L dan mungkin jugak Encik L adalah chekgu chenta aku dan akhirnya lelaki bersama Volkswegen Polo Antartika muncul. siape pun tak tahu. hanya Allah SWT; Maha Mengetahui.

Alangkah bagus, cinta ada nota semudah matematik.

hari ni 278 hari genap perkenalan aku dengan Encik L. gaduh ke, clash dan pelbagai situasi yang menghampiri aku membuatkan aku lali dengan dugaan cinta. aku lebih tabah dan berpelajaran tentang cinta berbanding dulu. motif utama bergelar wanita berumur 24 tahun dah tercapai. 

cinta harus ada kepercayaan dan kesetiaan. sebabkan aku dah pasrah dalam gelora cinta dengan Encik L membuatkan aku redha dengan dugaan bakal mendatang. ye, aku dah bersedia menghadapi apa jua rintangan bersama dengan seorang lelaki; Encik L. 

aku masih berharap ada sinar kerjaya yang sempurna buat Encik L. semoga Encik L murah rezeki. kemudian akan adanya langkah kedua aku bersama beliau. Allah Knowing Best ~ Insya-Allah. 

takde jiwa lah lagi aku nak cerita pasal cinta ni memang agung. macam sampah pulak entri ni bile revise balik. ade satu lagu yang bermain-main sekarang dalam kepala aku 

tiada yang dapat menghalangnya kita berdua terus bercinta selamanya. i can't live, i can't ow without you my baby 'cause only you my lover. love love love love love [Cinta Gila; Grey Sky Morning]

mari bercerita entri yang lain pule. adey-chiau

 

4 ulasan:

  1. alamak! entri jiwang lah pulak. hehe :)

    BalasPadam
  2. @ nabila faryzza : jiwang sangat tika ini. hehe

    @ Kancil 8349 : cinta bahagia tu sementara.. huhi

    BalasPadam
  3. entri pasal hati dan perasaan rupanya~~

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.