Pengikut (Blogspot)

Rabu, 26 Oktober 2011

letakkan harga pada manusia namanya penghargaan

hello semua, selamat tengah hari...

hari ni hari Deepavalli. aku decide nak keje. sebab Ncik Bos Botak nak discuss pasal projek Miri dalam jam 0330 petang ni. be ready Mastura. hari ni ko akan kene tembak. peng peng piuuung! 

hari ni sebelum-sebelum tu, aku nak update blog dulu. aku rase macam ketagih nak menulis walau tiada siape pun yang mengendahkan kehadiran blog ni dalam dunia blogger. baru aku faham macam mane penulis itu menjadi ghairah. sampai dalam toilet pun bait-bait perkataan aku cuba susun untuk aku thenta-kan kat sini. punya dasat penangan obses pada menulis ni.

beberapa hari ni aku penuhi jugak hari aku dengan membaca buku psiko. yup, aku suka buku psiko damn much than novel sebab buku ni baca satu hari takkan habis; novel satu hari bace da habis. satu bab pun belum tentu akan rase nak bace bab seterusnya sebab banyak sangat tips, nasihat dan ilmu dalam satu bab. otak kite pun muntah dengan nasihat. 

Dale Carnegie; menerbitkan buku How to Win Friends & Influence People ni pada tahun 1937; mase tu 20 tahun before merdeka. however 70 tahun lepas tu, that mean sekarang baru terbit dalam edisi Bahasa Malaysia. mungkin sistem penterjemahan kita mulai maju kot sekarang ni.

sambung lagi. kebanyakan contoh dalam buku-buku ni totally dari pendapat orang dulu-dulu. bagi aku buku ni biase jer. buku ni jadi famous pada zaman tu mungkin sebab zaman Resolusi yang ade kat sana yang mengumpul sebilangan masyarakat yang suka mengkritik malah tiada sikap penghargaan sesama manusia. tu yang aku boleh conclude lepas baca dua bab dalam buku ni. 

buku ni mengajar kita jadi baik. buku ni kalau fikir-fikir sebagai umat Islam, tak payah nak bace pun takpe. reason; dari darjah Enam masa amek Sijil Pelajaran Rendah Agama (SPRA) dah memang ade silibus sifat-sifat mahmudah dan mazmumah yang bertujuan menjaga hubungan sesama manusia. so, tak perlu obses sangat-la dengan buku ni. 

yang aku minat nak share; Dale pernah buat ceramah kat hotel-hotel zaman dulu. mase tu, maybe beliau ni famous macam Dato' Fadzilah Kamsah kot. mase ceramah tu, ade seorang peserta share la pasal isu rumah tangga. agaknye memang zaman dulu-dulu takde kesedaran tentang penghargaan la. sebab si suami keje nak kritik isteri bile balik keje. 

Dale buat survey yang ramai perempuan orang puteh tak puas hati dengan isu ini. sebab balik keje je si suami nak memekak pasal lauk tak sedap la, penat la, itu la, ini la dan bla-bla-bla. Dale yang mase tu dah jadi seorang suami pun memikirkan perkara yang same beliau buat kat isteri beliau.

Dale cakap kat peserta kursus, untuk slot esok beliau akan bagi jawapan. nak cover sebab beliau pun tak tau nak bagi nasihat ape. fikir punye fikir. Tuhan memberi jawapan dan ilham. esok pagi-pagi lepas keluar pegi bagi ceramah; Dale upah tukang bunga hantar enam kuntum bunga ros pada isteri beliau yang tekun menjadi suri rumah itu. 

petang, lepas sudah ceramah Dale pun balik rumah. punye terkejutnya hati milik beliau ni. sebab si isteri siap tunggu depan rumah sambut beliau balik. siap touchin' menangis-nangis lagi. macam poyo pulak isteri beliau ni. ke beliau yang suke reka je ni? 

saje je Dale kongsikan sebab nak bagi satu contoh yang manusia itu sangat perlukan penghargaan dalam hidup walaupun kecil. 

macam Encik L sungguh tak aci! aku suruh beliau beli hadiah 5 buah sebab aku merajuk ade seseorang gambar dalam handphone beliau. ade ke beliau pegi beli kerongsang 5 biji. kire tak aci la kan?? tapi ni pun da cukup puaskan hati aku yang tunjuk beliau sayang kat aku. kononnye!

Prinsip Dale Carnegie


takde la menarik sangat cerita aku hari ni. boleh la nak buat-buat ngantok mata kalo bace kan. salam sayang semua. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.