Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 14 Oktober 2011

indahnya bercinta saat muda!

hello semua, selamat tengah hari...

bersiap sedia ke Putrajaya. menanti jam 0200 petang dan menunggu Cik Wahida menyiapkan drawing dan kelengkapan segala bagai. aku duduk rilek jer, prepare paper work sudah!

hari ni. bukan setakat hari ni. dah lame dah. mungkin sibuk tahap super melampau. ayat pun aku lampaukan kat sini. perkara ni aku letak baik-baik kat tepi. aku tak fikir. malah tak ignore. 

relationship. yang boleh bawak kite terbang yang mengalahkan kuasa terbang Air Bus ke Miri ialah perasaan cinta, sayang dan persahabatan. kalau aku ni seekor burung nuri, dah lama aku kepak-kepak sayap aku dengan mata bundar ceria untuk menyatakan rasa kebahagiaan dalam diri. kalau aku burung nuri, kalau kasawari macam mane nak terbang? teet ~!

memerli diri sendiri dalam relationship yang tiba-tiba hilang bukan satu terapi yang baik. admit it. menghilang diri dalam perhubungan itu memang tak masuk akal. menghilangkan diri dengan alasan boleh membuatkan orang lain bahagia adalah satu pembohongan yang sangat naif.

cinta, sayang. kawan, kekasih. semua berkaitan dengan perhubungan dan perasaan. sah-sah kalau buat exam should be answer dalam bentuk subjektif yang memerlukan akal dan emosi yang menjadi satu rempah sup bunjut dalam pergaulan. 

panjang-panjang betul syarahan tanpa isi dan arah tujuan ni. aku hanya ade satu soalan yang membengkak dalam otak ni; dalam part yang bertindak sebagai pemikir cinta dan kasih sayang. rakan dan persahabatan. satu je; kenape?? kenape?? kenape?? 

tak mungkin aku akan rasa rendah diri walau dengan sedikit pabila kau menghilang. tak akan aku tanya ulang-ulang. takkan aku berdendam, tak jugak aku mengharap belas kasihan.

kini, baru aku sangat mengerti apa maksud takdir dan ketentuan. salam jumaat semua. adey-chiau.

3 ulasan:

  1. hai pari2 comel.....

    para2 sakura.....(menari poco2)

    aku pon tak tau aku merepek ape...haha

    BalasPadam
  2. thanks for comment-ing me; both of you famous blogger :)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.