Pengikut (Blogspot)

Isnin, 31 Oktober 2011

Day 3 : Your idea of perfect date

hwello semua, selamat pagi...

sangat awal ke pejabat. punca sangat simple, aku gerak dari rumah Puan Mak kat Bangi. awal ouh bangun, 0540 pagi. ulang lagi sekali pagi. khas untuk para pekerja Teamcoat yang lebih dedikasi dari aku. wahakhakhak.

mungkin gang rumah sewa sedang sibuk mandi tika ini. tapi bukan aku.... uuuuoooooh ~~~! aku nak gunakan masa yang ade ni untuk ber-entri macam tajuk kat atas.  

aku pernah date happy-happy ke dengan Encik L? soalan apekah menyerbu minda tika ini. takde perfect la kot. nak buat macam mane, dah memang tika ini untuk mendapat sebuah perfect date tu susah. keje Encik L pun tak menentu. aku redha je la kan.

anyway, bersambung pada impian diri. perfect date bagi aku bila aim nak mengenali pasangan dengan lebih dekat tu tercapai. contoh : 
  • aku suka date dekat kedai biasa malam-malam makan nasik campur dengan tom yam dengan kailan ikan masin dengan telur dadar. antara banyak-banyak menu kat situ aku boleh detect si pasangan suka mana. 
  • aku suka date masak-kan sendiri untuk pasangan aku. aku kan tak reti masak. time ni la aku nak cilikan mulut Encik L yang selama dalam call dok kutuk-kutuk aku. hahaha
  • aku suka date pandu lalu sebab nanti boleh makan dekat tepi highway, bawah lampu sambil tengok kereta lalu lalang. seronok-seronok. 
okey, tu la yang selalu aku dengan Encik L buat, tapi yang aku teringin sangat nak rasa (Encik L promise lepas kahwin), contohnya: 
  • nak pegi jalan-jalan tengok wayang. Encik L cakap tak perlu mase dating.
  • nak pegi makan dalam McD or KFC sekali dalam kedai. Encik L cakap tak sopan. nanti orang kampung bising.
  • nak pegi karaoke. lagi tak dapat, Encik L tak reti nyanyi
  • nak pegi shopping same-same. Encik L cakap, baju ko Jah, ko beli la sendiri. kalau nak duit mintak. 
  • nak pegi tepi pantai same-same sambil makan ais krim tengok sun-set. aaargh ~ impian hindustan ni lagi tak diperkenankan!
aku pun tak pernah merasai perfect date. but the most un-perfect date I have, the more I know who are my Encik L exactly!

okey, habis satu entri. mari ber-entri lagi untuk soalan hari ni pulak. adey-chiau.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.